Pada hari ini, jam 3 petang, Budiey dijemput untuk menghadiri Pelancaran Album Jessie Chung berjudul BE STRONG yang diadakan di Shah Alam Performing Arts Centre, NHF Factory yang terletak di Shah Alam.
Untuk pengetahun pembaca, Jessie Chung adalah penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak tapi sekarang ini beliau menetap di Gold Coast, Australia. Jangan tak percaya, beliau memegang Ijazah Perubatan dalam Perubatan Cina dan Western Integrative Medicine-Oncology from Guangzhou University of Chinese Medicine.
Selepas kejayaan debut English album berjudul THERE YOU ARE, Jessie Chung kembali menggegarkan industri hiburan dengan album English berjudul BE STRONG yang begitu simbolik untuk menggambarkan kehidupannya yang memerlukan kekuatan untuk terus hidup dengan bahagia dan ceria serta positif.
Semasa sidang media berlangsung, Jessie Chung berkata beliau rasa sangat terharu dengan kehadiran ramai orang penting dalam hidupnya di Majlis Pelancaran Album termasuklah boss beliau yang sanggup terbang dari jauh iaitu Australia dan China. Antara yang hadir ialah Gary Scallan, CEO Future Entertainment dan Music Group Australia. Begitu juga dengan kehadiran wartawan yang hadir untuk buat liputan.
Sebagai simbolik dan gimik pelancaran, Gary Scallan dan Darren Chow menghadiahkan sebuah diamond-studded electrik guitar dan meletak crown sebagai simbolik dan tanda Jessie Chung menerima gelaran Puteri Rock (Princess of Rock).
Cabaran untuk menyiapkan album ini cukup membuatkan Jessie Chung lebih matang. Dari memilih lagu sehinggalah rakaman serta promosi, Jessie Chung sangat gembira dengan hasilnya.
Darren Chow selaku Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura berpendapat pelbagai genre termasuklah rock dalam album terbaru Jessie Chung memeriahkan lagi industri hiburan. Beliau yakin, album ini akan diterima oleh peminat seni muzik. Darren Chow juga kagum dengan semangat dan kesungguhan Jessie Chung dalam memastikan lagu-lagu terbaik untuk album BE STRONG.
Muzik video lagu BE STRONG telah pun disiarkan di salurah Youtube Warner Music Malaysia. Jom tonton lakonan Jessie Chung bersama kekasihnya yang berlokasikan hospital.
Bagi Darren, penyanyi yang berasal dari Malaysia ini tidak takut untuk jadi diri sendiri dan apa yang paling mengujakan kami beliau melangkah ke dunia seni dengan hasil usaha beliau sendiri dan kini sedang berada di kemuncak kegemilangan beliau. Jessie mampu mempersembahkan persembahan yang memukau dalam genre Rock dan pastinya gelaran “Princess Rock” itu sangat bertepatan dengan beliau.
Walaupun baru sahaja pulang dari menjalani proses pengambaran klip video yang bertajuk “Be Strong” di Pinnacles Deser dan Lancelin, Australia; Jessi mampu untuk tampil cantik dan menawan disidang media yang dihadirinya. Buat pertama kalinya Jessie tampil tanpa memakai bra untuk muzik video terbaru beliau. Walaupun keputusan untuk tidak memakai bra itu adalah satu keputusan yang amat sukar, tetapi demi memastikan beliau dapat menghasilkan satu karya yang terbaik untuk industri dan peminat beliau nekad untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Album ini dihasilkan sepenuhnya di Australia, “Be Strong” turut memuatkan tujuh buah lagu yang mendapat sentuhan dan nafas baharu untuk semua peminat. Selain daripada 15 showcase yang bakal berlangsung di Malaysia, Jessie akan menjelajah beberapa buah negara lain seperti Taiwan, Australia, London, New York, Canada, Jepun, Hong Kong, Singapura, China, Filipana, Thailand dan Indonesia bagi mempromosikan album terbaru beliau.
Antara lagu yang terkandung di dalam album “Be Strong” adalah Be Strong, Captured My Heart, Forever Young, Possibility, I Don’t Care, Love Is Coming Home dan Feel My Love. Muzik video Be Strong dan Forever Young telah dimuatnaik di YouTube baru-baru ini.