in

The Jespers Pertaruh Lagu BANGKIT

THE JESPERS mungkin sebuah nama baru di dalam industri muzik tanah air tampil bersama single pertama mereka yang berjudul “Bangkit”. Band yang berkonsepkan irama punk rock ini dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa seperti Green Day, My Chemical Romance, Blink-182, Sum 41 dan ramai lagi.

Band yang menggelarkan diri mereka sebagai THE JESPERS ini dianggotai oleh 3 orang pemuzik berbakat iaitu Nash (selaku vokalis utama dan gitaris), Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum) telah pun ditubuhkan seawal tahun 2009.

THE JESPERS juga melancarkan EP pertama mereka yang berjudul “First Day of The Class” mengandungi 5 buah lagu pada tahun 2011, berpengalaman beraksi di pentas indie dan sehingga kini terus bergiat aktif menghasilkan karya-karya yang berkualiti.

Single seperti “She’s a no body”, “Masa Depan” dan “Go Away” kekal di kedudukan pertama pada tahun 2012 di carta band indie, stesyen radio XFM selama beberapa bulan.

Bagi tahun 2013, THE JESPERS memilih lagu yang berjudul “Bangkit” sebagai single pertama mereka untuk diketengahkan ke arena utama industri muzik tanah air. “Bangkit” mendapat sentuhan Nash sendiri selaku pencipta dan penulis lagu tersebut.

“Bangkit” berkisarkan tentang keadaan sukar di dalam kehidupan sesuatu individu, bangkit dari putus asa dan meneruskan kehidupan serta membuktikan kepada umum bahawa diri anda adalah yang terbaik. Lagu yang berkonsepkan irama punk rock ini amat terbuka didengarkan kepada semua golongan dan pasti menjadi kegilaan peminat-peminat muzik di tanah air. Kami yakin lagu Bangkit mampu menarik minat peminat muzik tanah air khasnya kepada peminat muzik bergenre punk rock dengan intipati lagu tersebut serta iramanya yang tersendiri. THE JESPERS mempunyai pelbagai perancangan di masa depan dan berharap mendapat sokongan sepenuhnya dari semua yang terlibat di dalam industri muzik tanah air. Lagu ini juga merupakan hadiah dan penghargaan dari kami buat peminat yang sentiasa bersama kami.” – Nash.

THE JESPERS juga di dalam perancangan untuk menghasilkan muzik video pertama mereka yang dijadualkan bakal membuat penggambaran pada bulan Disember tahun 2013 dan bakal menjalani proses suntingan terlebih dahulu sebelum dijangka sedia untuk dilancarkan di YouTube pada bulan Januari 2014.

THE JEPSERS kini di dalam rangka promosi dan menjalankan kerjasama dengan Stereoactive (sebuah syarikat muzik tempatan yang menyelenggara pengurusan dan aktiviti promosi artis)

Sehingga kini THE JESPERS sudah mempunyai lebih 37 000 “like” di Facebook. Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terbaru THE JESPERS, anda boleh mengunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/thejespers, Twitter di https://twitter.com/thejespersband, dan Instagram di http://instagram.com/thejespers . “Bangkit” juga bakal dipasarkan secara digital semua di syarikat telekomunikasi terkenal tanah air dan bagi anda jangan ketinggalan memuat turun nada dering lagu tersebut.

The Jespers

The Jespers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Menarik Sempena Hari Ibu di TV3

Sinopsis Telemovie Bejat Lakonan Nur Fathia