Lagu Bangkit kini berkumandang di hampir setiap stesyen radio terkenal tanah air dan menerima respon yang positif selepas dilancarkan pada bulan Januari 2014. THE JESPERS bersama pihak pengurusan mereka sudah pun mempunyai perancangan awal untuk menerbitkan muzik video “Bangkit†sebagai langkah untuk merancakkan lagi aktiviti promosi.
Selepas menjalani penggambaran pada bulan Disember 2013 dan menjalani proses suntingan, akhirnya muzik video “Bangkit†telah berjaya dihasilkan dan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2014 di laman sosial milik THE JESPERS seperti di YouTube, Facebook, dan Twitter.
Muzik video ini di bawah arahan pengarah berbakat iaitu Khaidir Shahri dan menelan belanja sebanyak RM15,000.00. Menariknya penggambaran muzik video ini di jalankan di atas gelanggang tinju di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
“Saya mengetengahkan konsep urban jaming dan memasukkan elemen sukan tinju di dalam muzik video ini. Jalan ceritanya mengisahkan tentang kebangkitan seorang mangsa buli yang kurang keyakinan diri sehinggalah dia bangkit menjadi seorang yang berani dan berjaya sebagai seorang peninju. Saya pecaya jalan ceritanya mudah di terima serta amat bersesuaian dengan lagu Bangkit dan mampu menarik minat umum terhadap lagu dan muzik video yang dihasilkan†– Khaidir Shahri
“Saya berasa bangga di atas pelancaran muzik video Bangkit. Selepas sekian lama kami berjuang untuk memastikan nama kami berada di dalam industri muzik tanah air dan lagu Bangkit merupakan titik pemulaan baru buat kami. Kami berasa amat bersyukur dengan respon positif yang diterima daripada peminat muzik tanah air dan sokongan padu daripada pihak media. Bangkit hanyalah permulaan, banyak lagi karya-karya yang bakal kami ketengahkan nanti di masa hadapanâ€,  – Nash (vokalis kumpulan The Jespers)
Band yang menggelarkan diri mereka sebagai THE JESPERS ini dianggotai oleh 3 orang pemuzik berbakat iaitu Nash (selaku vokalis utama dan gitaris), Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum) telah pun ditubuhkan seawal tahun 2009, berkonsepkan punk rock dan dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa seperti Green Day, My Chemical Romance, Blink-182, Sum 41 dan ramai lagi.
THE JESPERS akan membuat persembahan di “Bangkit Tour†sempena mempromosikan single terbabit. “Bangkit Tour†telah pun bermula di Rainhouse Studio, Perak pada 8 Mac 2014, dan meneruskan lokasi persembahan di Penang, Pahang, Serawak, Sabah, Johor, Selangor dan berakhir pada 10 April 2014 di Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan “Bangkit Tour†dan muzik video “Bangkitâ€, anda boleh mengunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/thejespers, Twitter di https://twitter.com/thejespersband, dan Instagram di http://instagram.com/thejespers .
“Bangkit†juga telah dipasarkan secara digital semua di syarikat telekomunikasi terkenal tanah air dan juga boleh dimuat turun di iTunes.