in

Jeremy Little CEO Tune Studios Meninggal Dunia

Industri muzik hari ini dikejutkan dengan kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Jeremy Little atau nama sebenarnya Jeremy Bin Ahmad Maikel, 31, di Makkah awal pagi tadi.

Pemergian pemuda yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana, mendapat perhatian ramai penggiat seni termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuat naik status mengenai kematian Jeremy di laman sosial miliknya.

“Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah ketika mengerjakan umrah. Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun,” tulis ulama itu di Facebooknya.

Punca kematian Jeremy setakat ini belum diketahui, tetapi difahamkan beliau menghidap kanser.

Selain bergelar CEO Tune Studios, Jeremy juga pernah menerbitkan filem Kil bersama dua lagi sahabatnya, Nik Amir dan Rewan Ishak.

Beliau juga sebelum ini pernah bergelar DJ dan aktif membantu mempromosikan kumpulan indie tempatan.

jeremy little

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO Launches AIRism Campaign with Six Malaysians

Apa Istimewanya Jatuh Cinta Single Ke-4 IAMNEETA