Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment dan merupakan Industrial Collaboration Program yang terbesar dan julung-julung kali diadakan didalam industri seni persembahan. Ini adalah untuk memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage) telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat. Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE! maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.
Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya!
Pat Ibrahim Project Entertainment (PI.P.E) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan membawakan festival ini jelajah bermula pada bulan Jun 2018 dengan melibatkan lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bersesuaian dengan jenamaan festival ini iaitu Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB) mengandungi empat (4) komponen di dalamnya terdiri dari forum, pameran dan jualan, bengkel dan persembahan Bangsawan. Misi Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB) adalah untuk memelihara santun melayu, budaya dan warisan terutamanya warisan tidak ketara dalam konteks bangsawan.
Nadia Aqilah pemegang watak Dang Anum
1) Saya sangat teruja dengan teater ini. Pada satu titik selepas sudah bertahun menjadi performer,kita mesti mahu memberikan kembali. Inilah peluangnya. Semangat nak berkongsi kembali bangsawan pada generals baru, semangat nak cerita pasal sejarah, and most importantly proses pembelajaran sepanjang berlakunya tour ni. So many things I can learn. Yeay!
2) Saya rasa Bangsawan Dendam Laksamana adalah sebuah produksi yang terdiri daripada professional. Jalan cerita yang masih relevan. Ada semua unsur traditional kita dalam satu naskah – nyanyian, tarian, muzik, everything. So why not? Rugi lah siapa tak tengok
Hairi Safwan sebagai Laksamana Megat Seri Rama
1. Saya sangat teruja dan bangga bila dipilih dalam Bangsawan Dengam Laksamana ini kerana saya beraksi dalam satu keluarga bukannya kumpulan.
2. Saya tidak ada masalah untuk membawa watak ini tapi cabaran saya adalah skrip, naskah ini menuntut pelakon2 mengkaji dan dan mendalami setiap patah ayatnya.. Cabaran ini yan saya suka!
3.Anda semua harus menonton persembahan ini kerana anda akan berasa anda berada dalam persembahan ini.. Penuh warna-warni dan pakar2 yg menjayakan persembahan yg total hebat ini bagi skop bangsawan.. Tiada masa untuk anda boring dan tidur… Percayalah!!
Komponen Pertama – Forum
Forum yang akan membentangkan dan memperkenalkan semula Bangsawan kepada Para Remaja. Selain daripada itu, PIPE juga akan berkongsi bagaimana inisiatif dan kajian yang dibuat untuk menambahbaikkan lagi dengan gabungan inovasi dan teknologi tanpa menjejaskan struktur asal Bangsawan. Selain daripada itu para jemputan penceramah akan membincangkan hala tuju Bangsawan dan juga industri seni persembahan.
Komponen ke Dua – Pameran & Jualan
JPBWB membawa barang-barang pameran yang bersesuaian dengan festival ini, khazanah warisan seperti songket, keris, tanjak, tenun, tekad dan banyak lagi bahan-bahan warisan yang jarang dilihat. Pameran ini juga membuka ruang bagi pengemar bahan- bahan warisan untuk bertemu dan bertukar pendapat (Networking).
Komponen ke Tiga – Bengkel
Ini adalah komponen yang paling diminati dan ianya eksklusif untuk 200 orang setiap negeri, dimana, Ketua Unit didalam produksi ini akan mengendalikan bengkel dengan peserta. Mereka akan berkongsi pengalaman dan ilmu (Knowledge transfer) bagi menjayakan pementasan. selain daripada itu, peserta mendapat nota-nota dan Buku khas yang akan di pasaran pada 2019.
Ketua Unit yang akan mengendalikan bengkel -bengkel ini adalah :-
Pat Ibrahim – Ketua Pelatih
Siti Jasmina Ibrahim – Penulis skript
Idzuan Samad – Pereka Produksi
Akma Suriati – Pereka Kostum
Saiful Ridzuan – Pengarah Muzik
Fitri Hiswady – Pelatih Vokal
Azhar Zainal – Teknik Lakonan
Pat Gui & Hamidon – Pengurusan Pentas
Eja Ibrahim – Pembangunan Perniagaan Seni Persembahan
Komponen ke Empat – Persembahan Bangsawan Dendam Laksamana.
Bangsawan Dendam Laksamana, cerita dari mata penulis, didasarkan pada halaman di Tuhfat Al Nafis, yang menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah-2 yang dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan. Kisah yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu yang lebih tua. Lebih banyak masa, kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom.
Sebagai infomasi, teater di bawah tajuk yang sama yang dipentaskan tahun lalu telah mendapat 4 nominasi dalam 15th Boh Cameronian Awards iaitu Calon Pelakon Lelaki Terbaik, Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Calon Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah-wajah lama dan baharu. Gandingan segar yang akan diperlihatkan kali ini menampilkan Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Azhar, Asmidar, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi.
Malah tulang belakang pekan ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.
Orang ramai, para peminat bangsawan khususnya dan masyarakat setempat awam bakal bertemu dengan produksi ini di lapan (8) buah negeri bermula dengan :-
Johor – 25 Jun- 1 Julai,
Melaka – 2-8 Julai,
Pahang – 9-15 Julai,
Terengganu – 15-21 Julai,
Pulau Pinang – 22-28 Julai,
Kedah – 30 Julai- 5 Ogos,
Perak – 5-11 Ogos dan
akan berakhir di Kuala Lumpur pada 29 Oktober hingga 11 November 2018.
Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online pipent.peatix.com akan bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.
Perihal P.I.P.E
Projek Projek Pat Ibrahim (PIPE) mewujudkan kesedaran tentang keperluan untuk menyatukan bakat-bakat muda dari pelbagai cabang teater – tarian, muzik dan penulisan, yang mencari peluang dalam kerja kreatif dan juga usaha Kerajaan untuk membentuk masyarakat patriotisme dan identiti diri progresif.
P.I.P.E amat peka terhadap kepentingan menarik perhatian dan minat remaja atau milenium untuk menghargai dan memelihara budaya dan warisan kita melalui seni persembahan dan meraikan “Santun Melayu”. P.I.P.E bertindak balas terhadap usaha Kerajaan untuk merapatkan jurang antara kesenian dan orang.
P.I.P.E mempunyai pelan misi yang besar selama 5 tahun. Dengan gabungan kepakaran dan pengalaman yang ada, P.I.P.E yakin untuk melukiskan industri seni persembahan di negara ini. Selain meraikan kepelbagaian dan warisan kita melalui seni persembahan, P.I.P.E percaya kepada kuasa hiburan untuk mencapai penonton hari ini. Kami berharap dan mengimpikan agar misi ini berlangsung untuk memanfaatkan kepakaran kami untuk membiakkan kehidupan baru kepada generasi penampilan yang akan datang. Kami berharap dapat mendapat sokongan dan kerjasama daripada korporat untuk mencapai matlamat dan objektif.