in ,

Jenazah Mangsa Covid-19 Selamat Dikebumikan, Malaysia Catat 2 Kematian Setakat Ini

Negara baru sahaja digemparkan dengan berita dua kematian pertama rakyat Malaysia yang meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19. Malam tadi, jenazah mangsa yang beragama Islam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bharu.

Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di bandar raya ini, kira-kira jam 9 malam tadi. Menurut sumber Astro Awani, lebih kurang 10 petugas telah menyempurnakan acara pengebumian dengan dilengkapi personal protective equipment (PPE) untuk mengelakkan risiko jangkitan.

mati-4

Difahamkan, keluarga jenazah lelaki yang berusia 34 tahun itu tidak dapat datang ke tanah perkuburan kerana mereka masih berada dalam perintah kuarantin di Hospital Permai.

Kira-kira 10 lelaki dipercayai kakitangan hospital selain orang awam, mendengar taklimat sebelum memakai peralatan perlindungan peribadi.

Pada kira-kira jam 8.45 malam, mereka menghampiri van jenazah sebelum mengangkat jenazah yang siap dikafankan, menggunakan pengusung hospital.

Orang ramai termasuk media tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian.

batist

Mangsa yang meninggal ialah kes-178, yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Beliau dilaporkan mengalami gejala demam mulai 5 Mac lalu, sebelum mendapat rawatan di Hospital Permai, di sini, pada 12 Mac selepas dikesan positif COVID-19.

Keadaannya didapati merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia tengah hari semalam.

Mangsa telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada tengah hari Selasa, 17 Mac 2020.

mati-3
Mangsa merupakan salah seorang peserta perhimpuan tabligh yang diadakan di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini dan merupakan pesakit ke-178 di negara ini.

Rata-rata netizen telah mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

mati-2

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua kematian dilaporkan akibat Covid-19 itu merupakan kes ke-178 dan kes ke-358. Berikut adalah maklumat tentang kedua-dua mangsa.

tabligh-covid
Lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun

Kes Pertama

Kes ke-178, seorang lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang telah hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Mula bergejala sejak 5 Mac lalu dan dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas disahkan positif COVID-19. Keadaan merosot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia.

Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron 34 thn mati syahid asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini.

Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin di tempat lain. Ya Allah tuhanku. Syukur wife sempat lihat arwah sebelum ke bumi. Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7 bulan sampai 11 tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di hospital JB rasa sebak. Anak-anak syuhada.

Terima kaseh semua Dr dan Nurse di KKM yang berkorban berjuang berjihad di sebalik semua ini. Allah selamatkan keluarga pejuang kita semuanya. Selamat semuanya insyaAllah. Hanya syurga dan Redha Allah buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.

Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat KKM dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita.

Dari semalam tak boleh tidur mendoakan semua. Sekali tengok arwah macam kenal sangat. Siapa yer. Cuba ingat rupanya tahun 2003 dan 2007 dulu kami pernah jumpa di India Pakistan. Dia dulu belajar hafiz Al-Quran. 15 juz juga. Allahuakbar. Ayahnya pendakwah baik dan pergi ke seluruh dunia di ICU tapi kini dah bertambah baik dan pulih. Beberapa kali saya jumpa dia di airport mana dalam dunia mesti tengah baca Al-Quran. Terkesan dengan sifat baiknya.

Saya baru lepas beri sedikit sumbangan padanya. Jika sesiapa sumbang sedikit ini no akaun isterinya

Bank Islam
010 4102 7184 812
Nor Adilah bt Rani

– Ebit Lew
kematian
Seorang paderi dari Kuching, Sarawak

Kes Kedua: 

  • Kes ke-358, seorang paderi dari Kuching, Sarawak berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah kronik.
  • Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac lepas.
  • Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Hari ini disahkan meninggal dunia.
  • Seramai 193 orang kontak rapat mangsa telah pun dikenalpasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sarawak mencatatkan 11 kes positif Covid-19 hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adam Malek Muncul Dengan LARA Lagu Tentang Depresi & Kemurungan

Dato’ Hattan Bergaduh Dengan Dato’ Aliff Syukri Trending di Youtube