Dibintangi pelakon utama Luke Roberts, Brandon Jay Maclaren dan Nazneen Contractor, 13 episod siri ini bermula dengan memaparkan kejadian berlaku di Crisis Resolution, syarikat penyiasatan persendirian yang mengendalikan kes-kes jenayah seperti penculikan, tebusan, ugutan dan ancaman dengan cara perundingan dan tanpa keganasan. Eric Beaumont merupakan seorang perunding handalan yang menggunakan ilmu psikologi kelakuan manusia untuk menyelesaikan kes-kes itu.
Selesai Kes Jenayah Tanpa Keganasan Dalam Siri Inggeris RANSOM di TV2
Beliau dibantu oleh Oliver Yates seorang‘ Psycho-Profiler ’ atau seorang pengkaji naluri manusia, Zara Hallam seorang bekas anggota polis dan Maxine Carlson yang baru menyertai unit itu.
Episod pengenalannya penuh debaran menunjukkan bagaimana rundingan dengan seorang penjenayah dapat menyelamatkan seseorang di sebuah gereja daripada diletupkan oleh penjenayah itu.
Tajuk “The Return”kemudiannya mengetengahkan Eric diminta menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan kes culik dan tebusan yang sukar, dan menyelamatkan nyawa ahli baru mereka, Maxine Carlson yang tidak sabar untuk membuktikan keupayaan dirinya namun tetap menyimpan rahsia masa lalunya.
Menerusi episod “Grand Slam”pula menunjukkan seorang ahli sukan yang mengidap kanser darah perlu gantian sumsum tulang. Seorang penderma minta lima juta dolar dan Eric diminta untuk berunding dengannya.
Adik perempuan penderma itu pula dijadikan tebusan untuk wang itu oleh seorang wanita yang mempunyai seorang anak lelaki yang menghidap sejenis penyakit yang jarang berlaku dan mesti dirawat sepanjang hayat. Eric dapat membebaskan wanita yang dikurung dan juga memujuk ibu anak itu untuk bekerjasama dengan pihak tertentu mendapatkan rawatan untuk anaknya.
Dalam “The Artist”,Eric dan pasukannya mula merundingkan kembali lukisan berharga yang dicuri dari sebuah galeri seni, tetapi keadaan menjadi semakin buruk apabila pencuri kemudian menculik seorang pelukis galeri.
Menerusi episod“The Box” pula dikaitkan dengan kejadian apabila dua perompak menceroboh ke sebuah bank dan menjadikan kesemua orang di situ sebagai tawanan.
Eric dan pasukannya cuba untuk berunding dengan perompak bank yang tidak akan membuat tuntutan, sebelum salah seorang daripada tawanan mati. Kerja mereka agak rumit apabila perompak bank menuntut nama pemilik peti simpanan keselamatan bank, dan semua bukti menunjukkan konspirasi jenayah yang melibatkan salah seorang perompak tersebut.
Menarik dalam tajuk “Joe”tentang kisah seorang jurutera yang bekerja untuk sebuah syarikat yang mengeluarkan perisian menghindari pertembungan untuk kereta diculik.
Semakin menarik episod“The Enemy Within”yang menonjolkan Eric dibawa oleh bos lamanya dari FBI untuk berunding dengan seorang pelampau dari kumpulan rasis yang mengancam untuk meletakkan bom di seluruh New York.
Ada juga kisah pasangan Perancis melibatkan pasukan mereka untuk menyelamatkan bayi mereka yang diculik dari kereta api dan mungkin telah terjual ke pemerdagangan manusia.
“Regeneration” membawa kepada cerita Maxine mengadakan perundingan pertama ketika Eric dan tetamu yang lain berada di tempat berundur diambil alih oleh pemimpin kelompok pasukan fanatik liar.
Sementara itu dalam perkongsian tajuk “Say What You Did”, anak perempuan seorang pegawai tinggi kerajaan, dan ahli minoriti yang dianiaya di negara asalnya, diculik dan dijadikan tebusan, tetapi bukan untuk wang, sebaliknya ke arah yang lebih peribadi. Eric dan pasukannya ditugaskan untuk mendapatkannya kembali, tetapi mereka perlu menentukan siapa yang benar-benar bersalah.
Ikuti juga tajuk “The Castle” mengaitkan lima remaja terpikat ke istana Perancis semasa bermain permainan telefon pintar. Pasukan Ransom mesti merundingkan pembebasan mereka. Dalam “Refuge” pula pasukan mereka pergi melaksanakan misi menyelamatkan sebuah keluarga diculik di Tripoli.
Walau bagaimanapun, Eric dan pasukannya menjadi curiga apabila mereka mengetahui bahawa si suami pernah diculik sebelum ini. Semasa mereka cuba untuk menyelamatkan pasangan dan anak perempuan mereka, pasukan itu mengetahui sesuatu yang menarik tentang penculik dan salah seorang mangsa.
Ia akhiri dengan perkongsian mengujakan episod “Bulletproof”dimana Eric terpaksa bekerja dengan seorang musuh lama untuk menghalang seorang penggodam daripada meletupkan bom di seluruh dunia jika NSA tidak memberi akses kepada fail sulit.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.