in

Jemput Masuk Cef Menampilkan Selebriti Popular

Peneraju global industri minuman, Coca-Cola mempersembahkan sebuah program baharu “Jemput Masuk, Cef!” bersama Cef Kamarul dan komposer yang tidak asing lagi, Ajai. Program ini akan menyaksikan Cef Kamarul menyediakan pelbagai menu masakan tempatan bersama pasangan selebriti popular. Sambil menantikan Cef Kamarul menghidangkan sajian yang lazat, Ajai akan menemubual selebriti undangan tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini dan gosip-gosip hangat dalam industri hiburan tanah air.

“Jemput Masuk, Cef!” menampilkan 12 pasangan selebriti iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Mawi dan Ekin, Dato’ Fazley dan Datin Azrin, Johan Nawawi dan Nora, Keith Foo dan Nabila Huda, Zainal Abidin dan Angelina, Ning Baizura dan Omar Shariff, Intan Ladyana dan Shah Iskandar, Edrie Hashim dan Pat Candy, Liyana Jasmay dan Fathuddin, Farawahida dan Abdul Syukur serta Fasha Sandha dan Jejai.

Pada episod pertama, Cef Kamarul akan menyediakan sajian dan memberi tip bagaimana untuk menghidangkan Nasi Kandar istimewa Pulau Pinang manakala Ajai akan mengupas rahsia serta detik-detik indah kehidupan pasangan suami isteri, Rozita Che Wan dan Zain Saidin serta kisah di sebalik ‘Wedding of The Year 2013’ mereka.

Ibu-ibu sentiasa mencari jalan untuk menyediakan sesuatu yang istimewa supaya ia boleh menggalakkan ahli keluarga meluangkan masa makan bersama di rumah. Dengan itu, Coca-Cola memainkan peranan penting, bukan sahaja menjadikan suatu menu lebih lengkap malah meningkatkan waktu makan keluarga anda di rumah!

Sempena program “Jemput Masuk, Cef!” ini, Coca-Cola memperkenalkan kempen “Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola” di mana orang ramai hanya perlu membeli mana-mana 3 botol besar untuk mendapatkan sajian lazat di McDonald’s seterusnya memenangi jamuan makan bersama Cef Kamarul. Tujuh orang pemenang bertuah akan mempunyai tukang masak selebriti yang bakal menyediakan hidangan enak di rumah untuk beliau dan keluarga. Ini merupakan satu pengalaman yang eksklusif untuk ibu-ibu dan keluarga!

Menurut Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, “Sebagai stesen televisyen nombor satu negara, TV3 merasa bertanggungjawab dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Coca-Cola untuk mencapai misi yang murni iaitu merapatkan hubungan dalam keluarga. Menerusi program “Jemput Masuk, Cef!” ini, selain penampilan pasangan selebriti yang terdiri daripada suami isteri, ia turut menampilkan bintang drama siri popular ‘Ariana Rose’ iaitu Keith Foo dan Nabila Huda serta akan datang, drama siri ‘Jika Itu Takdirku’ yang memperkenalkan gandingan Shah Iskandar dan Intan Ladyana. Seperti yang diketahui umum, slot Akasia merupakan program yang mempunyai rating tertinggi seterusnya membawa kepada satu trend di mana keluarga berkumpul pada setiap petang. Ini amat bersesuaian dengan matlamat kolaborasi bersama Coca-Cola ini.”

Menurut Pengurus Komunikasi Pemasaran Bersepadu Wilayah Coca-Cola, Lim Kean Yew pula, “Waktu makan bersama keluarga dan rakan-rakan memberi kita peluang untuk memupuk kebersamaan dan mewujudkan kebahagiaan. Kami percaya Coca-Cola boleh memainkan peranan penting untuk mengeratkan hubungan di atas meja makan, sebagai teman makan yang ideal untuk melengkapkan rasa makanan tempatan.”

“Coca-Cola dengan bangganya mempersembahkan program “Jemput Masuk, Cef!”, hasil daripada kerjasama rapat dengan rakan kongsi sokongan kami, Media Prima Berhad. Program ini memberi kami satu platform unik untuk mempamerkan detik-detik waktu makan yang istimewa di mana Cef Kamarul dan pengacara, Ajai akan berkongsi tip memasak, berita hiburan dan sudah tentu, hidangan yang lazat dengan barisan selebriti popular tanah air. Lebih menarik, promosi peraduan yang berkaitan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi jamuan makan sekeluarga di rumah mereka yang dihidangkan oleh Chef Kamarul, membolehkan mereka untuk merasai pengalaman bagaimana ‘makan lagi syok dengan Coca-Cola’,” tambah Lim Kean Yew.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Cef Kamarul dan Ajai menampilkan ramai selebriti popular tanah air di dalam “Jemput Masuk, Cef!” sebanyak 12 episod yang dibawakan khas oleh Coca-Cola pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 petang, mulai 12 Februari 2014. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #JemputMasukCef untuk sebarang perbualan dan komen di Facebook, Twitter dan Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefon Bimbit Android OPPO N1 Bakal Dilancarkan

Peraduan Menang Tiket Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan