in

Jelajah Piala Astro Pamer Piala Kejohanan Bola Sepak

[dropcap]P[/dropcap]eminat bola sepak Malaysia kini berkesempatan turun ke padang bersama -sama memeriahkan lagi acara Jelajah Piala Astro yang berlangsung selama dua minggu, bermula pada 8 hingga 21 Julai 2013. Jelajah Piala Astro yang mempamerkan 8 piala ini juga merangkumi piala- piala kejohanan bola sepak antarabangsa dan juga tempatan.

Seterusnya, tujuan utama Jelajah Piala Astro ini lebih tertumpu kepada peminat bola sepak Malaysia, terutamanya rakyat Malaysia yang jarang melihat trofi – trofi kejohanan bola sepak antarabangsa mahupun tempatan. Mereka bukan sahaja berpeluang melihat piala – piala yang dipamerkan, malah peminat bola sepak tanahair juga diberi kesempatan untuk bergambar dengan piala kegemaran masing – masing.

Jelajah Piala Astro Pamer Piala Kejohanan Bola Sepak

Lee Choong Khay, Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, merasmikan permulaan Jelajah Piala Astro di All Asia Broadcast Centre (Astro) / 8 Julai, 2013.

Jelajah Piala Astro akan memulakan pengembaraan ke 60 lokasi terpilih di seluruh semenanjung Malaysia. Antara lokasi – lokasi Jelajah Piala Astro , yang bakal menemui anda termasuklah lokasi – lokasi seperti Sunway University College ( Kuala Lumpur) , Ipoh Parade (Perak) , Queensbay & Gurney Drive (Penang) dan banyak lagi lokasi di serata semenanjung Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila layari www.stadiumastro.com/trophytour

Apa yang menarik, dengan adanya Jelajah Piala Astro anjuran pihak Astro ini, peminat bola sepak tanahair boleh melihat dengan lebih dekat piala–piala kejohanan bola sepak seperti Piala “Football League Championship”, Piala Liga Perancis 1, Piala FA (BPL) , Piala Itali Siri A , Piala Capital One , Piala Malaysia, Piala FA Malaysia dan juga Piala Sumbangsih.

Selain itu, peminat juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut sejarah dan juga latar belakang piala –piala yang dipersembahkan, dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti menarik yang di anjurkan oleh Jelajah Piala Astro. Pelbagai aktiviti menarik menanti para peminat bola sepak Malaysia! Temui Jelajah Piala Astro di lokasi berdekatan, supaya anda tidak terlepas melibatkan diri dalam pelbagai permainan yang di anjurkan. Jesteru, terdapat banyak hadiah serta barangan eksklusif untuk di menangi. Destinasi terakhir Jelajah Piala Astro akan berada di Stadium Shah Alam pada 21 Julai bermula jam 4 petang dan keatas, ini bersempena perlawanan Malaysia dengan Chelsea FC . Pastikan anda antara yang bertuah memenangi tiket perlawanan pada malam tersebut.

Lee Choong Khay, Naib Presiden Perniagaan Sukan, Astro berkata:

“Jelajah Piala Astro adalah sebahagian daripada perancangan Stadium Astro, untuk memberikan liputan terbaik untuk acara sukan antarabangsa dan tempatan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, kita juga dapat berinteraksi dengan lebih dekat dengan para peminat bola sepak, serta memberi peluang kepada mereka untuk melihat secara dekat piala–piala kejohanan ini.”

ASTRO mempuyai saluran – saluran sukan tempatan dan antarabangsa yang di siarkan secara langsung melalui 14 saluran, termasuklah rancangan seperti Astro SuperSport, Astro SuperSport 2, Astro SuperSport 3, semua dalam bentuk SD dan HD, Astro SuperSport 4, FOX Sports, FOX Sports Plus, STAR Sports, Eurosport, FOX Sports News, Golf Channel dan Astro Arena.

Jelajah Piala Astro Pamer Piala Kejohanan Bola Sepak

Jelajah Piala Astro Pamer Piala Kejohanan Bola Sepak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Malaysia Lancar Saluran Khas Sempena Ramadan

Kumpulan 4 Stars Juara Konsert Boom Muzik Ekstra