in ,

9 Artis Berdrama dengan Orang Johor & Melaka Jelajah Bas Drama Sangat

Semangat berkobar-kobar para pengunjung siri jelajah Bas Drama Sangat yang telah berlangsung pada 11, 12 dan 13 November (Jumaat, Sabtu & Ahad) lepas di Johor dan Melaka tidak terpadam walaupun cuaca hujan.

Seramai 40,000 pengunjung telah membanjiri beberapa lokasi di Johor dan Melaka iaitu Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Bandaraya Melaka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti menyeronokkan serta bertemu dengan barisan artis popular seperti Shukri Yahaya & Siti Saleha (Akasia: 7 Hari Mencintaiku), Emma Maembong, Nazrief Nazri & Aishah Ilias (Dahlia: Nasi Minyak Kuah Cinta), Zahiril Adzim & Sura Sojangi (Azalea: Ainur Mardhiyah) dan Amar Asyraf & Lufya (Samarinda: Umairah).

Barisan artis di hadapan bas jelajah Drama Sangat

40,000 Orang Menggemparkan Johor & Melaka!

Johor dan Melaka merupakan lokasi-lokasi yang terakhir bagi siri penjelajahan Bas Drama Sangat tahun ini. Masih mempunyai objektif yang sama, siri penjelajahan ini merupakan satu acara penghargaan buat para peminat setia drama yang disiarkan melalui stesen TV3 dan TV9, dengan membawakan bintang-bintang utama drama turun padang untuk bertemu dengan para peminat. Bintang-bintang ini juga sentiasa mendapat sambutan hangat para penonton menerusi slot Akasia, Zehra, Samarinda, Lestary, Dahlia, Iris, Aksi, Azalea dan banyak lagi.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Jutaan terima kasih kepada 40,000 orang pengunjung yang telah menggemparkan setiap lokasi siri jelajah Bas Drama Sangat pada hujung minggu lalu. Pelbagai aktiviti telah disediakan khas buat para penonton setia TV3 dan TV9 yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Selain itu, kami juga berterima kasih kepada pihak berkuasa yang turut berganding bahu dan membantu kami menjayakan siri jelajah Bas Drama Sangat kali ini. Insya Allah siri penjelajahan ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.”

Sembilan pelakon yang sedang ‘meletup’ di kaca televisyen telah memeriahkan beberapa tempat di Johor dan Melaka iaitu Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Bandaraya Melaka. Lebih menarik lagi, para penonton bukan sahaja dapat bertemu dengan bintang kesayangan mereka, malah mereka juga melakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama-sama artis kesayangan mereka seperti Senam Drama Sangat dan juga permainan Sukan Rakyat yang berlangsung di Dataran Pantai Puteri, Melaka.

Lintas langsung pelepasan Bas Drama Sangat turut disiarkan pada hari Jumaat yang lepas (11 November 2016) menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dari Sri Pentas, Bandar Utama.

9 artis ‘berdrama’ dengan orang Johor dan Melaka

Lokasi persinggahan pertama Jelajah Bas Drama Sangat di Dataran Segamat, Johor pada hari pertama pukul 4.00 petang dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama-sama barisan artis. Pada pukul 9.00 malam pula, para pengunjung telah membanjiri Dataran Segamat ketika aktiviti Santai Drama Sangat telah diadakan, di mana sedutan-sedutan di belakang tabir pembikinan drama telah disiarkan khas buat tontonan pengunjung yang hadir.

Pada hari kedua, jelajah bas telah bertolak ke Pacific Bowling, Batu Pahat Mall bagi perlawanan Boling Drama Sangat. Di sebelah petang pula, bas Drama Sangat telah ke Kluang Mall, Johor. Selepas berakhirnya sesi ramah mesra bersama para pengunjung di Kluang Mall, bas Drama Sangat bergerak ke Melaka pula untuk meneruskan aktiviti pada hari kedua di River Cruise Melaka.

Hari ketiga dan terakhir jelajah Bas Drama Sangat diteruskan di Dataran Pantai Puteri, Melaka untuk sesi Senam Gaya Drama Sangat. Di sebelah petang pula, bas Drama Sangat telah berkunjung ke Mahkota Parade Mall sebelum bertolak pulang ke Sri Pentas. Ikuti perkembangan dari semasa ke semasa Jelajah Bas Drama Sangat menerusi laman sosial TV3 dan TV9 iaitu @TV3Malaysia & @TV9Malaysia.

Sementara itu, 3 peraduan – #TriviaSangat, #KenalSangat dan #LocationDramaSangat, turut diadakan menerusi Instagram TV3 di mana 10 orang pemenang bertuah telah bermakan malam bersama artis di VIP Hotel, Segamat. 8 orang pemenang lain pula menyertai perlawanan boling yang diadakan di Pacific Bowling, Batu Pahat Mall manakala 3 orang pemenang lain telah menaiki kapal cruise dan menikmati makan malam bersama-sama artis kegemaran mereka di Halia Inc, Melaka.

Untuk maklumat terkini, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my & www.tv9.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia & @TV9Malaysia. Para peminat turut dijemput untuk memeriahkan Jelajah Bas Drama Sangat dengan menggunakan hashtag #DramaSangat untuk sebarang interaksi di laman sosial. Saksikan program-program menarik TV3 dan TV9 menerusi portal video tonton, www.tonton.com.my.

Aktiviti Santai Drama Sangat di Dataran Segamat

Aktiviti sukan rakyat bersama para pengunjung

Amar Asyraf bertanding dengan peserta-peserta lain di Pacific Bowling, Batu Pahat Mall

Emma Maembong serta pemenang peraduan media sosial

Gambar berkumpulan di Halia Inc, Melaka

Gambar berkumpulan di Pacific Bowling, Batu Pahat Mall

Lintas Langsung di Malaysia Hari Ini

Lufya dan Amar Asyraf beramah mesra bersama para pengunjung di Mahkota Parade, Melaka

Makan malam bersama pemenang pertandingan media sosial

Nazrief Nazri ber-selfie dengan peminat

Nazrief Nazri ditemubual di MHI

Para pengunjung turut menyambut hari kelahiran mereka yang jatuh pada bulan November

Para pengunjung yang hadir

Para pengunjung yang telah menghadir sesi ramah mesra di Mahkota Parade Mall, Melaka

Perlawanan bola jaring

Sesi bergambar bersama para pengunjung di Dataran Segamat

Zahiril Adzim dan Siti Saleha bermakan malan dengan pemenang peraduan di media sosial

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FOX Movies Awesome Weekend Event

Didi Alias Jual Cupcake dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE