Acara kemuncak segala-galanya AJL27… (Wah! ini bukan tagline tapi sekadar nak sedapkan bahasa aje) hanya tinggal 3 hari lagi. Bahangnya sudah dapat dirasai berikutan ramai peminat kini tercari-cari kat mana nak dapatkan tiket. Semalam, sebanyak 1500 tiket AJL27 telah pun diedarkan kepada orang ramai. Berpusu-pusu dan sanggup beratur. Ada yang datang dari jauh dan sanggup apply cuti semata-mata nak collect tiket AJL27. Ini biar betul ni.
Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 27 juga dapat Budiey rasakan semasa mengikuti Jelajah AJL27 yang diadakan di Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini. Budiey dengar, ada peminat yang pengsan gara-gara sesak nafas depan pentas. Bukan pengsan kerana bertemu dengan penyanyi pujaan tapi pengsan sebab terlalu ramai peminat yang hadir sampai tak boleh bernafas. Insiden ini berlaku beberapa minat selepas rombongan finalis AJL27 tiba di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka.
Mujurlah ada yang membantu dan peminat yang pengsan tadi dapat diselamatkan dengan alat bantuan pernafasan bantuan kecemasan oleh kakitangan paramedik yang ada berdekatan. Mahu tak pengsan, lokasi yang tak berapa nak luas, orang terlalu ramai, peminat dah mengerumuni ruang depan pentas.
[pullquote]Apa pun, nasib baik tidak berlaku sebarang kekacauan atau melibatkan kematian. Jauh dari bala la kan?[/pullquote]
Artis yang hadir juga ada yang turut panik dengan kejadian ini. Namun dari sebalik yang berlaku, dapat Budiey simpulkan bahawa AJL ni memang sebuah anugerah yang gah sebab ramai peminat yang tertunggu-tunggu. Yelah, kat negara kita ni ada dua je anugerah yang melibatkan muzik. Kalau tak AJL, kita ada Anugerah Industri Muzik.
Sesi Jelajah yang bermula jam 2 petang hingga 6 petang itu dilihat bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai berhibur bersama finalis AJL27 malah membuka ruang kepada mereka untuk beramah mesra dan mengenali lebih dekat bintang-bintang pujaan mereka.
Semua yang datang tak sabar nampaknya menyaksikan persembahan finalis AJL27 iaitu Stacy, Black & Rapper Jambang (RJ), Aweera Mojo, One Nation Emcees (ONE) & Jimmy Palikat, Azlan & The Typewriter, Amir Jahari dan Hazama.
Sebagai gimik, rombongan finalis AJL27 juga turut diarak mengelilingi bandar Ayer Keroh bersama media dan krew AJL dengan bas dua tingkat tak berbumbung yang cukup klasik ala-ala bas kat kota London berwarna merah cam tu. Memang best! Budiey pun sempat untuk merakam beberapa temubual eksklusif bersama finalis semasa di atas bas tu.
[pullquote align=”right”]Rata-rata finalis AJL27 berpendapat, orang Melaka memang sangat sporting. Ternyata, AJL27 ada fenomenanya tersendiri.[/pullquote]
Tidak puas dengan persembahan lagu finalis AJL, peminat dihiburkan dengan single terbaru mereka. Pendekata, seorang artis mendendangkan dua-tiga lagu sebagai pengubat rindu orang Melaka. Membuka tirai persembahan, Amir Jahari dengan lagu Tanpamu dan Penghibur Jalanan. Black & RJ pula mendendangkan lagu Teman Pengganti dan buat kali pertama RJ menjadi teman duet Black menyanyikan lagu Sofea Jane.
Pengacara Muzik-Muzik 27 iaitu Adzriefaiz diberi tugas sebagai pengacara pada petang itu.
Bak kata Black, masa 4 jam rasa macam sekejap je. Sangat pantas dan tak cukup!
Jimmy Palikat pula sangat terharu sebab diberi peluang untuk menyampaikan lagu Anak Kampung dan single beliau, Sayang Kinabalu. Bersama One Nation Emcees, mereka mendendangkan lagu Cek Mek Molek dan Goyang Inul. Pengalaman yang sukar dilupakan oleh Jimmy Palikat dan menganggap penyertaan kali pertama di AJL ini membawa makna dan kejayaan seterusnya di tahun 2013.
Selain artis nakal yang suka mengusik peminat Black, Hazama juga tak ketinggalan menjemput seorang peminat berduet dengannya untuk lagu Simetri. Memang tak sangka peminat Hazama ni dapat menyanyi dengan baik sekali. Walaupun….
Temubual Bersama Hazama
Persembahan Aweera secara solo tanpa kehadiran anggota kumpulan Mojo tidak sikit pun mencacatkan persembahan. Menurut Aweera, beliau sangat berharap agar muzik Synth-rock dapat diterima oleh peminat. Peluang untuk berada di kalangan 11 finalis terbaik sangat memberi makna dan beliau mahu menfaatkan peluang yang ada.
Kehadiran Stacy juga dikatakan menjadikan Melaka Mall petang itu bertambah sesak. Ramai peminat Stacy yang datang. Ada yang sanggup naik pentas semata-mata mahu menari bersama Stacy. Nyanyian lagu Pelangi Senja dinyanyikan bersama peminat beramai-ramai, sungguh meriah sekali dan lagu Kasanova menyaksikan peminat turut menonjolkan bakat tarian mereka.
Azlan & The Typewriter menutup tirai Jelajah AJL27 dengan lagu Tanda Tanya dan Idola. Menurut Azlan, dia mahu memberikan persembahan yang terbaik di AJL kali ini dan mahu persembahan itu diingati sampai bila-bila. Persaingan yang sengit dalam AJL27 kali ini memang tak seperti sebelum ini. Jadi, kerana itu, latihan rapi dan kerjasama semua anggota sedang giat dijalankan. Konsep persembahan, gimik dan props tengah dirancang. Yang penting, mereka perlu fikir cara yang terbaik untuk sampaikan lagu di pentas AJL27.
Selepas selesai sesi ramah mesra dan sain autograph finalis bersama peminat, Budiey terus pulang sebab banyak kerja nak kena selesaikan. Mengikut jadual dan perancangan, rombongan media dan artis diberi bilik untuk bermalam di Melaka dan makan malam di restoran ikan bakar, tapi nak buat macamana, Budiey memang tak dapat join.
Semoga AJL27 pada hari Ahad ini berlangsung dengan lancar dan menjadi penganjuran AJL terbaik! Good luck buat semua.