[dropcap]S[/dropcap]eperti yang Budiey siarkan pada entri yang lalu, majlis akad nikah Jehan Miskin kini sedang berlangsung dan telah bermula pada jam 2.00 petang dan acara akan diteruskan dengan majlis resepsi pada sebelah malam.
Selamat pengantin baru Budiey ucapkan kepada Jehan Miskin yang bernikah dengan gadis Korea pada di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, majlis ringkas ini hanya menjemput 100 orang tetamu sahaja.
Jehan Miskin mengenakan busana tajaan Bon Zainal, manakala isterinya ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.
Jehan yang enggan mendedahkan identity bakal isterinya itu akan membuat satu sidang akhbar untuk memberitahu segalanya tentang pernikahan dan turut memperkenalkan isterinya kepada media pada petang ini.
Sebelum ini, Jehan Miskin berharap tidak ada pihak yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya itu kerana ia diadakan hanya untuk keluarga dan teman-teman rapat sahaja.
“Saya dan bakal isteri memlilih untuk buat majlis sederhana sahaja supaya kami dapat melayan semua tetamu yang hadir. Ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami mahukan sesuatu yang cukup istimewa buat keluarga dan teman-teman yang sentiasa bersama kami. Saya harap tidak ada pihak yang berkecil hati sekiranya tidak mendapat undangan.”
Selamat pengantin baru Jehan Miskin. Semoga terus bahagia kekal buat selama-lamanya. Selamat berbulan madu!