in

Jehan Miskin Jawab Gossip Bercinta Dengan Jay Menon

Apa perkembangan Terbaru Jehan sekarang?
Jehan Miskin kini sedang menjalani pengambaran drama 30 episod berjudul Front Page. Terasa agak tercabar kali ini sebab memegang watak seorang wartawan dan bekerja pula di bawah arahan pengarah berkaliber iaitu Khabir Bhatia. Apatah lagi, genre drama Front Page yang persis CSI itu sangat unik. Setiap episod ada kes yang berbeda untuk diselesaikan. Jehan begitu teruja berlakon dalam drama ini kerana jalan ceritanya yang menarik dan mencabar seperti CSI dan skripnya ditulis oleh Mira Mustapha, isteri kepada Khabir Bhatia.

Nak tengok drama lakonan Jehan. Memang ada di merata stesen. Larisnya Jehan kan? Selain Drama Inai Malam Pengantin di Astro dan My Husband untuk NTV7, Jehan juga berlakon dalam drama Five Jingga sebuah muzikal drama yang sedang dalam proses pengambaran. Dalam drama ini, Jehan terpaksa tampil 10 tahun lebih muda. Bagi Jehan, untuk menghayati watak ini, bukan satu masalah tetapi untuk penampilan yang lebih muda agak merumitkan.

Jehan mengidam sangat nak bawa watak antagonis seperti pembunuh bersiri.

Mungkin auntie Ruhani boleh kasi Jehan watak pembunuh misteri yang diidamkan ittew?

Betulkah Jehan Miskin & Jay Menon Bercinta?
Wah, putus cinta je dengan Jue Aziz, Jehan terus dikatakan dapat teman wanita baru. Gossip terbaru, Jehan Miskin dikatakan mempunyai girlfriend baru yang cun melecun bernama Jay Mennon (Deejay Mix FM). Macamana boleh timbulnya gossip ni? Tercetus gossip ini setelah Jehan Miskin dilihat hadir berkepit bersama dengan Jay di Majlis Pelancaran OK Magazine. Kebetulan pada ketika itu, Jehan memakai baju yang warna yang sama dengan Jay Mennon. Jadi, ramailah yang cakap mereka pasangan yang serasi dan punya hubungan lebih dari sekadar kawan. Saje tau buat gossip.

Ketika Jehan ditemubual setelah selesai sidang media pengumuman Festival Filem Malaysia 12 siang tadi, Jehan kata, dia tak kisah orang nak cakap apa. Yang sebenar-benarnya, dia dan Jay Menon hanya kawan biasa.

Jehan tak rasa janggal setelah putus cinta. Tanpa kekasih, Jehan masih mempunyai ramai teman. Kalau bosan, Jehan menyertai kelas tarian latin dan pergi ke kelas seni mempertahankan diri.

[tags]jay menon, magazine ok, gossip jehan miskin jay menon, jay mennon, ffm12, festival filem malaysia 12, deejay mix fm[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani Pertaruh Bakat Dalam Filem I’m Not Single

ITALIAN TREASURES AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS