in , ,

Jeeharris Entertainment Bawakan Akon The Superfan Tour ke Malaysia

Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapura, Eksklusif Dibawakan oleh Jeeharris Entertainment

Industri hiburan Malaysia akan menerima satu lagi persembahan bertaraf antarabangsa apabila penyanyi terkenal, Akon, akan tampil menerusi Akon The Superfan Tour Live di Malaysia dan Singapura pada November 2024.

Jeeharris Entertainment, syarikat penganjuran acara yang diasaskan oleh penyanyi dan pelakon Harris Baba, akan membawa Akon untuk konsert eksklusif di dua negara ini.

Jeeharris Entertainment Bawakan Akon The Superfan Tour ke Malaysia dan Singapura

Jeeharris Entertainment Melangkah ke Pentas Antarabangsa

Selepas berjaya menganjurkan lima acara utama di Sabah seperti Borneo Mega Raya Fest 2023, Mari Makan Minum 2023, dan Borneo Mega Raya Fest 2024, Harris Baba kini mencabar dirinya dengan membawa bintang antarabangsa ke Malaysia dan Singapura.

Persembahan Akon The Superfan Tour in Malaysia akan berlangsung pada 19 November 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dan diikuti oleh Akon The Superfan Tour in Singapore pada 20 November 2024 di Arena @ Expo Hall 7, Singapura.

“Saya telah merancang untuk membawa Akon sejak Disember tahun lalu, dan selepas beberapa perubahan jadual, akhirnya kami memuktamadkan tarikh pada November ini,”

– Harris
Jeeharris Entertainment Bawakan Akon The Superfan Tour ke Malaysia dan Singapura

Beliau juga menekankan bahawa Jeeharris Entertainment merupakan satu-satunya penganjur yang membawa Akon ke dua negara ini dalam satu bulan, satu pencapaian besar bagi syarikat yang diasaskan di Sabah.

Pengalaman Menganjurkan Konsert Antarabangsa

Harris mengakui pengalaman menganjurkan dua konsert kumpulan Indonesia, Armada Band dan Ungu, di Sabah memberikan asas yang kukuh untuk menganjurkan konsert Akon. Walaupun berdepan cabaran, beliau percaya pengalaman lalu dan kerja berpasukan yang mantap menjadikan konsert ini realiti.

“Konsert Armada Band dan Ungu adalah pengalaman pertama saya sebagai penganjur, dan alhamdulillah, ia berjalan dengan baik.

Ini adalah peluang untuk saya belajar dan membawa skala penganjuran ke tahap lebih tinggi dengan artis ‘A Listers’ dari Amerika,”

– Harris

Akon: Bintang Dengan Lagu-Lagu Hit Global

Akon, yang popular dengan lagu-lagu hit seperti “Lonely”, “Smack That”, “Right Now”, dan “Don’t Matter”, merupakan artis yang mempunyai peminat yang besar di Malaysia dan Singapura. Lagu-lagunya kekal relevan dan terus diputarkan sehingga kini. Harris menegaskan bahawa Akon mempunyai kekuatan tersendiri sebagai penyanyi unik yang pasti akan memukau peminat pada konsert yang bakal berlangsung di kedua-dua negara.

Jeeharris Entertainment Bawakan Akon The Superfan Tour ke Malaysia dan Singapura

Kerjasama dan Sokongan Pihak Lain

Penganjuran konsert Akon juga mendapat kerjasama daripada beberapa pihak media dan rakan strategik. Astro Radio, menerusi stesen radio Era, Hits, Sinar, Mix dan Raaga, akan bertindak sebagai rakan media rasmi, sementara Astro Gempak menjadi rakan digital rasmi. Selain itu, syarikat seperti El Car Rental dan Motivated Outreach akan menyediakan pengangkutan dan logistik di Malaysia dan Singapura untuk konsert ini.

Menjana Lebih Banyak Acara Hiburan di Malaysia dan Singapura

Menurut Harris, kejayaan penganjuran konsert Akon merupakan langkah permulaan untuk membawa lebih banyak artis antarabangsa ke Malaysia dan Singapura. Beliau kini dalam perancangan untuk menganjurkan konsert-konsert lain sepanjang tahun 2025.

“Saya sudah berhubung dengan beberapa pengurusan artis antarabangsa, dan saya boleh janjikan senarai artis-artis hebat yang akan kami bawa sehingga tahun 2025,” kata Harris. Beliau juga berharap agar lebih banyak artis bertaraf dunia dapat membuat persembahan di rantau ini, memenuhi keinginan peminat di kedua-dua negara.

Jeeharris Entertainment Bawakan Akon The Superfan Tour ke Malaysia dan Singapura

Penjualan Tiket Dibuka Bermula September

Bagi peminat Akon, penjualan tiket untuk menyaksikan persembahan Akon The Superfan Tour in Malaysia dan Singapore akan dibuka bermula 18 September 2024 untuk pra-pendaftaran. Tiket bagi persembahan di Malaysia boleh dibeli di www.ticket2u.com, manakala tiket untuk Singapura boleh didapati di www.sistic.com.sg.

Dengan konsert ini, Jeeharris Entertainment bukan sahaja membawa hiburan berkualiti kepada peminat di Malaysia dan Singapura, tetapi juga mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam industri penganjuran acara di rantau ini.


Maklumat lanjut tentang Akon The Superfan Tour:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Pertama Diadakan November Ini

Astro Menyajikan Kisah Hikayat dengan Sentuhan Magika dalam MLS4