Jayanegara Blog Lelaki Yang Mengamuk Di JPM.
Membaca blog jayanegara, mungkin agak memeningkan kepala, namun dengan sedikit pembacaan di setiap entri, “kemungkinan†ianya mampu memberikan sedikit bayangan kepada sifat sebenar lelaki ini.
Khalil Afandi Hamid, 47, bapa kepada seorang anak dan Muhdalina Ahmad, 28, ibu kepada 2 orang anak telah di tembak oleh pihak polis berikutan kes amuk yang terjadi di bangunan JPM Putrajaya semalam.
Terdapat satu tulisan di blog jayanegara yang mungkin memberikan jawapan kepada persoalan sama ada dia Imam Mahadi atau sebaliknya. Tulisan tersebut seperti dibawah;
Setelah beberapa pencarian dilakukan lelaki ini juga mempunyai satu lagi blog baru, gilaapamanusia.blogspot, namun tiada entri yang dibuat. Kedua-dua suspek yang dikatakan menganggur itu mengenali antara satu sama lain sejak seminggu lepas.
Bagaimanapun, sebagai orang Islam marilah kita bersangka baik kepada lelaki tersebut (Khalil Afandi Hamid) yang telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya semalam. Al Fatihah kepada arwah, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan umat Islam yang beriman..