Jawapan kepada trivia: Beg Balenciaga Siapa Ni adalah NATASHA LIANA HUDSON.
Natasha adalah antara pelakon utama dalam filem Tipu Kanan Tipu Kiri yang bakal menemui penonton pada 16 Oktober 2008 nanti. Dalam filem ini, Natasha bawa watak seorang gadis lawa bernama Sara.
“Watak Tasha dalam TKTK adalah sebagai Sara, seorang penyanyi bar dan restoran yang berasal dari keluarga yang tidak berada tetapi mempunyai impian untuk menjadi seorang bintang. Sehinggalah suatu hari, Sara diminta dan dibayar untuk menjadi isteri olok-olok kepada seorang suami kepada seorang bintang dari Indonesia. Nak dijadikan cerita, dalam pada masa itu, tiba-tiba Sara jatuh cinta dengan lelaki tu.”
Budiey dapat melihat peningkatan dari segi mutu lakonan yang semakin SUPERB. Syabas, Tasha!
Sememangnya pun, bagi Natasha lakonannya dalam filem TKTK arahan Sharad Sharan ini memang berbeza lakonannya dalam filem Chermin dan Sumolah. Dalam TKTK, penonton akan melihat Natasha menari dan dalam masa yang sama Natasha menyanyi untuk album runut filem terbitan Astro Shaw ini.
Budiey pun tak sangka sebenarnya Natasha yang baru sahaja melahirkan anak perempuan yang bernama Nessa Helena Shahrin pada 4 June 2008 ini pandai menari.
Cerita sikit bagaimana boleh terjebak dalam dunia tarian?
“Sebenarnya, memang dari kecil, sejak baby I love to dance.. at the age of 2 years Tasya dah masuk ballet… ada satu waktu I excited sangat nari lagu ‘I’m bad” Michael Jackson sampai jatuh terhentak di meja & I have a scar kat kening… so ever since kecik sampai besar I’ve taken ballet, tap, jazz, modern, tarian melayu, salsa, flamenco n etc.”
Kalau tak keberatan, boleh cerita sikit perjalanan cinta you dari cinta pertama hingga dengan suami sekarang?
“Cinta masa zaman remaja malas nak ulaskan kerana ia cinta monyet… experiencenya banyak mematangkan tasha… biasala ada masa terasa kecewa, sedih, & happy… I went through so much in my life & thanks god, now I’ve found the ‘one’… My husband is not just my husband but also my bestfriend… we believe in understanding and trust.. love can always be secondary… but from all the trust, understanding & comfort it would develop into an undescribable lovely relationship.”
Antara model, berlakon dan menyanyi, mana satu jadi pilihan utama dan kenapa?
“Off course, modelling cause I just have to be silent. Yet Tasha dapat travel everywhere, meet all sorts of people, make new friends, wear & model beautiful clothes, be friends with top designers & earn big bucks cause I earn the most in modelling. Its a fast, easy & express business & job.”
Bersama ibu tercinta yang juga pembaca setia blog ini. Thanks!
Natasha akan pulang beraya di Perak dan Kelantan dan raya tahun ini pastinya cukup bermakna bagi pelakon ini kerana pertama kali menyambut lebaran sebagai seorang ibu. Memang tak sabar nak sambut raya sebab rindu untuk bertemu saudara mara.
Kepada orang Singapura, jangan lupa untuk mengikuti tulisan lanjut tentang Natasha Liana Hudson dalam Manja keluaran November ini.