Orait, kepada pembaca yang tertunggu-tunggu, jawapan kepada trivia: Beg GUCCI Siapa Ni? , ini dia gambar penuh sebagai jawapan… LIYANA JASMAY.
Ada gaya Avril Lavigne tak?
Budiey nak kalungkan ucapan tahniah kepada Liyana Jasmay kerana telah dipilih sebagai duta terbaru jenama kosmetik terkemuka, Maybelline New York (Maybelline) untuk Malaysia. Mungkin ciri-ciri karakter keremajaan yang lincah dan kulitnya yang cantik menarik minat Maybeline untuk mengambil pelakon filem KAMI The Movie ini sebagai duta.
Kata orang kuat Maybeline New York masa pengumuman hari tu, “Liyana Jasmay ternyata seorang gadis yang cantik, yakin, bertenaga, bergaya serta periang seperti yang ingin Maybelline tampilkan dalam setiap produknya.”
Kali pertama Maybeline mengambil selebriti yang masih ranum dan segar berbanding dengan jiwa dan karakter populariti yang dimiliki oleh duta terdahulu seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha.
Budiey percaya, pemilihan Maybeline adalah tepat, seolah-olah mereka dapat menjangka bahawa nama Liyana bakal meletop pada tahun ini. Tak dapat dinafikan bakat Liyana Jasmay yang serba boleh, karisma sebagai ikon untuk remaja yang ada pendirian, bersemangat waja, juga ada visi dalam mencapai kejayaan dalam hidupnya.
Liyana mula terbabit dalam industri seni lakon pada 2006 apabila dipilih memegang watak utama, Phim, dalam filem Castello.
Namun, kecemerlangan bakatnya semakin terserlah apabila membintangi banyak filem dan drama seperti Syaitan, Kami: The Movie, Histeria, Maut, Papadom, Duhai Si Pari-Pari, Pisau Cukur, Sari Maya, Kami The Series, Puaka Niyang Rapik dan Ponti Anak Remaja.
Selain lakonan, Liyana turut berbakat dalam bidang nyanyian dan baru-baru ini mengeluarkan mini album pertamanya, Liyana Jasmay yang diterbitkan komposer terkenal, Ajai edaran Metadome Sdn Bhd.
Energetik & fotogenik
Berbakat besar
Seksi seorang remaja jelita
Ratu Maybeline New York baru! Congrats, Liyana!