Jeng Jeng Jeng…
Ryzal ke yang masuk merisik?
Fasha kata, “Adalah… I takkan bagi tau, walaupun you kasi I RM5 ribu, I tak kasi tau! Hanya famili aje yang tahu.”
Tapi kalau bukan bekas suami Nora Danish tu, siapa lagi? Orang yang merisik tu orang yang dah jangka? Orang yang datang dari Perak?
“Adalah… seseorang… sorry, saya takkan bagi tau.”
He he he…
Hu hu hu…
Berbalik kepada cerita trivia.. Tak tahulah Budiey, kenapa ramai sangat yang suruh cepat-cepat umumkan jawapan untuk trivia ni. Budiey sengaja melambat-lambatkannya untuk kasi peluang untuk korang jawab.
Ramai betul yang menantikan jawapan trivia kasut siapalah agaknya ni… dan jawapannya ialah Ratu Kontroversi kita… siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha!
I am back, people! Vote me ya!
Sibuk memanjang layan SMS
Lama tak sembang, maka banyak la kami dengar cerita dan luahan rasa dari Fasha Sandha. Tentang karier, tentang hal peribadi, tentang gossip dan cakap-cakap orang luar kat Fasha.
Setelah insiden diboikot media, nama Fasha yang kini berusia 25 tahun ini nampaknya kembali hangat berikutan kisah hubungan intimnya dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli. Walaupun Fasha berkali-kali menafikan tentang ‘gosip’ tersebut, namun sukar untuk dirinya menangkis cerita-cerita yang timbul apatah lagi sudah banyak bukti yang ditunjukkan.
Fasha Kantoi Diterjah Dalam Melodi TV3
Bukan berniat mahu melaga-lagakan mana-mana pihak, tetapi berdasarkan reaksi Fasha apabila menjawab soalan tentang dia dan Rizal dikatakan bercuti ke Thailand pada 29 Januari hingga 2 Februari lalu, ia seolah-olah mahu mencetuskan suatu sandiwara.
Apabila sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, pasangan ini berjalan berasingan lalu Fasha menafikan dia dan Rizal bercuti bersama sebaliknya mengatakan dia dan pengurusnya, Nik Yasmin baru pulang dari Pattaya.
Ramai yang berpendapat aktres ini cukup bijak memutarbelitkan fakta, semata-mata untuk ‘menyelamatkan’ diri.
“Saya tak mahu cakap ya atau tidak. Apa-apa pun bagi masa kepada saya untuk menjawab soalan itu selepas ini. Fasha juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan Rizal. Sumpah, demi Allah, saya tidak pernah membuat persiapan perkahwinan. Saya juga tidak ada berjumpa dengan Rizal.”
Dengar cerita you dah bertunang dan nak kawin?
“Baru-baru ini memang ada orang datang merisik saya tetapi saya rasa tak perlulah diberitahu siapakah orangnya kerana ia terlalu peribadi. Insya-Allah, saya akan beritahu tentang hal ini nanti. Mungkin dalam tahun ini atau tahun depan.”
Fasha turut berjanji untuk memberitahu media tentang soal perkahwinan itu apabila dia betul-betul bersedia nanti. Tambah Fasha, dirinya mungkin sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga namun calonnya belum ada lagi.
“Insya-Allah, kalau ada jodoh saya nak kahwin dalam tahun ini tetapi saya sedang melalui proses ‘pemilihan’. Sekarang, semua lelaki yang saya kenali adalah kawan saya kerana saya mahu pastikan yang mana bagus dan sesuai untuk dijadikan suami. Lelaki yang datang merisik itu juga termasuk di dalam kategori kawan saya. Saya dah lama berkawan dengannya.”
Sejauh mana artis yang dicalonkan untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini bersedia untuk berkahwin, Fasha optimis yang petanda itu menunjukkan ke arah positif.
Perkahwinan Fasha Sandha akan diadakan di Kuala Lumpur dan Perlis
“Saya tak boleh cakap bila nak kahwin. Tetapi jika ditanya tentang perasaan saya sekarang, memang saya gembira walaupun orang menulis cerita yang baik atau buruk tentang saya,”
Olah Fasha, tidak perlulah dia bersedih hati kerana dia telah memilih untuk mengambil pedoman di atas pengalaman lalu.
Masih terpilih dalam Top 5 ABP… kira you tak diboikotla kan?
“Misalnya, isu sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya fikir mesti ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana para wartawan telah memberi kemaafan dan menunjukkan tanda-tanda positif kepada saya. Misalnya akhbar BH masih mencalonkan saya sebagai tanda sokongan. Pengalaman lepas banyak memberi ruang kepada saya untuk belajar sesuatu. Insiden lepas memang memberikan tekanan sebab itu membuatkan saya termarah dan beremosi. Sebagai manusia, kita perlu saling bermaafan.”
I memang ratu Blackberry apa…
Kemudian, kami ada tanya tentang gambar Fasha merokok yang telah tersebar di internet. Lalu, Fasha pun mengambil Blackberry dan mencari gambarnya di Budiey.com… lalu Fasha pun bacalah komen dari korang tuh… dia tersenyum sinis je tengok gambar tu. Macam takde rasa apa-apa… Kata Fasha, gambar itu telah lama diambil oleh seorang rakan baik…
Fasha, katanya you stress sampai masuk wad mental ek?
“Saya tidak pernah dimasukkan ke hospital disebabkan tekanan. Tetapi, tiga hari lepas, saya ada pergi ke Bagan Specialist Centre di Pulau Pinang kerana melawat bapa kawan baik saya, Syazana yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi disebabkan penyakit tenat akibat masalah jantung,”
Apa perkembangan terkini Fasha?
“Sekarang, saya sibuk dengan karier seni saya. Saya baru selesai penggambaran drama Keliwon (TV3) dan Air Mata Azizah (RTM). Selepas ini, saya bersedia untuk cerekarama Suram Gaun Pengantin (TV3) di mana saya memegang watak seorang yang berpenyakit HIV positif. Pada awal bulan Mac nanti, saya akan terlibat dengan pengambaran drama bersiri Cuci The Series. Tentang filem, pada bulan April nanti baru saya akan mula berlakon semula. Buat masa ini, saya tidak boleh beritahu tentang filem apa kerana saya masih belum mendapat skripnya. Selain itu, filem seterusnya masih di dalam perancangan. Lagipun, tahun ini tidak ramai yang menawarkan filem kerana masalah kegawatan ekonomi.”
Budiey ucapkan semoga Fasha berjaya menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini… Good luck ratu kontroversi Malaysia!