Salam Ramadan kepada semua pembaca, raya dah nak dekat, korang dah beli baju raya ke? Kalau dah beli, apa warna kegemaran korang? Untuk tahun ini, Budiey pilih warna ungu walaupun warna pebret Budiey ialah warna maroon. Tapi untuk pelakon popular macam Awal Ashaari, dia suka dengan warna putih. Tak percaya, tengok sahaja fesyen yang digayakan Awal Ashaari masa menghadiri Majlis Berbuka Anjuran Astro.
Budiey ada siarkan trivia Sandal Putih Siapa? Mmm, dengan trivia dan pembayang yang Budiey berikan, ramai yang pandai meneka. Memang korang alert pasal artis~
Memang betul, dia ialah Awal Ashaari, antara hos yang terpilih untuk mengacara Program Sehati Berdansa musim baru nanti.
Memang sekarang jiwa dan hati Tauke pakaian jenama D&A ini sedang dimiliki seseorang. Patutla masa Budiey jumpa Awal Ashaari hari tu, ceria semacam jek. Apa-apa pun, sekarang ni masih dalam peringkat mengenal hati budi. Pucuk dicita ulam mendatang, ibarat mengantuk disorongkan bantal… memang Awal Ashaari inginkan gadis itu bertakhta di hatinya.
Diharap dengan terikatnya hubungan ini nanti akan tamatnya spekulasi dan gosip tentang kekeliruan status Awal Ashaari selama ini.
Kenapa Awal suka sangat dengan gadis tu? Mmm… dia seorang yang pandai berdikari, bukan jenis yang gedik-gedik dan mengada-ngada dan yang paling penting, sikapnya memang kontra dengan karakter Awal yang manja. Patutlah, sebelum ni hati Awal terkunci kemas untuk menerima cinta si gadis. Sekarang jiwa terisi dan hatinya berbunga-bunga menerima sekalung cinta.
Ini gambar fesyen baju Melayu Awal Ashaari. Nasib baik sampin pun tak putih, kalau tak sebijik macam orang nak pergi akad nikah.
Okay, pada yang nak beli kasut cantik-cantik, jangan lupa singgah di gerai kasut Awal Ashaari – Wedgie Wedges kat The Curve~! Untung nasib, boleh jumpa Awal kat sana~!