Jawaban kepada Trivia kita yang INI ialah Ally Iskandar Mohd Mardzi.
Siapa yang tidak kenal dengan pemuda 32 tahun yang bekerja sebagai penerbit dan pengacara MHI ini. Orangnya mesra dengan senyuman, serius dengan kerja dan sentiasa sibuk dengan jadual yang padat.
Khabarnya, telah putus cinta dengan teman istimewanya yang dulunya menuntut di Amerika Syarikat. Mengapa putus Ally? Kerana mereka bersepakat untuk putuskan hubungan kerana tidak lagi sehaluan. Mungkin kekasihnya tidak dapat menerima kehidupan Ally yang begitu popular dan sering keluar dengan wanita lain yang hanya dianggap kawan. Cemburu la tu…
Soalan, bila nak kawih… ? menjadi soalan kedua yang ditanya oleh orang tuanya. Zaman bujang adalah masa terbaik untuknya bekerja keras sebagai jaminan masa depan. Justeru tidak hairanlah buat masa ini, fokus Ally yang juga anak kedua dari tujuh beradik untuk memantapkan lagi kerjayanya dalam bidang penyiaran.
Ally Iskandar ketika mengacarakan sidang media Anugerah Skrin 2008
Sentiasa mesra
Ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima di Sri Pentas