Pelakon, Jasmin Hamid kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat serangan j4ntung.
Perkembangan itu dikongsikan suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram pelakon itu, baru-baru ini.
Menurut Nazmir, Jasmin mengalami serangan j4ntung buat pertama kali dan kini perlu dirawat dengan ubat-ubatan.
“Sekarang beliau berada di CCU bukan unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan j4ntung semalam untuk pertama kali.
“Keluarga beliau ada sejarah (masalah) j4ntung. Tekanan darah dan degupan j4ntung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke j4ntung,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nazmir turut memohon agar netizen mendoakan kesembuhan pelakon tersebut.
“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala secepat mungkin,” tambahnya.
Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu.
Rata-rata rakan artis dan peminat turut sama mendoakan kesihatan Jasmin Hamid
Biodata Jasmin Hamid
Siapakah Jasmin Hamid, Tarikh Lahir Jasmin Hamid, Berapa Umur Jasmin Hamid, Adik Beradik Jasmin Hamid dan Gambar Terkini Jasmin Hamid.
Jasmiah Abdul Hamid (lahir 15 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon dan pelawak wanita Malaysia.
Beliau mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini.
Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik.