Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia macam mana nak tutup agaknya? Itulah situasi yang sedang dihadapi pelakon veteran Jasmin Hamid apabila dia disindir jatuh miskin gara-gara menggunakan Proton Wira.
Menerusi Instagram, pelakon ini berkata, kereta kesayangannya itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi sebab itulah sampai sekarang dia masih menjaganya dengan baik.
Jasmin Hamid atau nama penuhnya Jasmiah Abdul Hamid berkata, kereta merah bernama Bobob itu baru je pulih lepas ‘terlantar’ sakit beberapa tahun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pelakon ini siap bagi amaran jangan sesiapa berani buat macam-macam dekat Bobob tau. Dia sendiri tak pernah berasa malu menaiki kereta buruk, mengapa orang lain mahu persoalkan pula?