in

Jart Hassan Fieldplayer Tunai Tanggungjawab

ARTIS BARU TURUT TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DI DUN TENANG

Walaupun agak ketinggalan namun rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan syabas kepada BN kerana telah mengekalkan penguasaan di DUN Tenang pada PRK N05 DUN Tenang baru-baru ini.

Walaupun diuji dengan hujan lebat yang tidak berhenti sejak dari malam sebelumnya yang mengakibatkan banjir di kala para pengundi sedang sibuk keluar untuk menunaikan tanggunggjawab mengundi dikawasan masing-masing.

Jart Hassan Fieldplayer

Dalam kelibat ramai pengundi yang keluar masuk di dewan mengundi Felda Tenang, Labis, Johor, kelihatan sosok yang agak dikenali berada disitu. Beliau yang dimaksudkan ialah Jart Hassan, penyanyi dan ketua kumpulan muzik yang sedang meningkat naik iaitu Fieldplayers yang terkenal dengan nuansa muzik melayu baru garapan mereka.

Jart merupakan anak jati Felda Tenang dan beliau belum pernah terlepas dari menunaikan tanggungjawab mengundi setiap kali pilihanraya dan beliau memang berdaftar sebagai pengundi di DUN Tenang.

Menurut beliau walaupun aktif sebagai penggiat seni, namun itu bukanlah alasan untuk mengenepikan hak dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Dan menurut beliau lagi yang pulang mengundi bersama pemain kibod Fieldplayers John Shamsudin, adalah menjadi satu kerugian bagi seseorang sekiranya menafikan haknya sebagai pengundi.

Muzik, muzik juga tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab, menurutnya lagi.

Beliau telah sempat mengundi sejurus sebelum air mula naik mendadak sehingga menyebabkan banjir besar yang mengakibatkan ramai warga terkandas di Labis termasuklah wartawan-wartawan media cetak dan elektronik serta Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman serta beberapa lagi orang kenamaan dan VIP.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Law & Order Heads To Hollywood

History Hot Spots