Muaz atau nama sebenar Muaz Aidil Fitri Maslan berkata, mereka memang ada hubungan istimewa dan dia jujur mengakuinya.
“Saya dan Qaseh, memang kami bercinta. Cuma, biasanya kalau orang tanya kami selesa minta supaya mendoakan yang baik-baik.
“Terus-terang, saya juga tiada masalah dengan perbezaan usia kami. Bagi saya, kami berdua serasi dan selesa bersama,”
– Muaz
Terdahulu, kisah percintaan pasangan itu mula dikesan apabila kedua-duanya sering memuat naik foto mesra bersama.
Muaz yang melakonkan watak Cikgu Haikal dalam drama Cari Aku Di Syurga di TV3 berkata, soal jodoh hanya Allah SWT yang tahu.
“Untuk saya, tiada masalah pun perbezaan usia yang ketara. Senang cakap, dari mata turun ke hati,”
– Muaz
Ditanya juga perancangan perkahwinan, Muaz memberitahu sekarang dia harus fokus untuk memantapkan karier lakonan.
“Soal naik pelamin, biar Allah tentukan. Apa yang boleh dikata, sekarang saya dan Qaseh sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
“Alhamdulillah, rezeki saya dalam karier lakonan semakin murah dan kini terikat dengan penggambaran drama Pesan Pada Hati.
“Jika tiada aral, saya juga akan memulakan penggambaran drama baru bersama A Aida Production tidak lama lagi,”
– Muaz
Ternyata percaturan Muaz bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat, Rubber Tapper Production milik cinta hatinya, Qaseh, sekitar tahun lalu adalah tepat.
Seangkatan pelakon Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Ardell Aryana dan Hafidz Roshdi, Muaz pernah membintangi drama seperti Misiku Kuza musim pertama dan kedua di Astro serta Baby Ana Milik Siapa di TV3.
Kini, Muaz semakin mendapat peluang berlakon drama antaranya Seharum Kasih, Aurora Aisyah, Lara Syakila, Origami Kasih dan Dosa Semalam.
Sumber: Harian Metro