Sidang media petang tadi dibuat untuk menjelaskan tentang isu kontroversi dikecam oleh peminat K-Pop yang viral pada minggu lepas di mana Janna Nick mendakwa menerima ugutan bunuh susulan dari kontroversi dikecam oleh peminat artis K-pop yang hangat diperkatakan netizen, sejak akhir-akhir ini.
Janna berkata beberapa ugutan bunuh diterima selepas dia didakwa mengeluarkan komen yang konon ditulisnya sendiri, dalam kontroversi berkenaan.
Berikutan itu, peguam yang dilantik oleh Janna telah memberitahu kes tersebut kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pihak mereka juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan pampasan terhadap pengguna yang sudah dikenal pasti menyebarkan fitnah sehingga memberi impak negatif kepada reputasi dan perniagaan Janna.
Janna memberitahu, dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provokasi dan fitnah sehingga menjejaskan namanya.
Setelah berbincang dengan peguan, Janna Nick akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provoksi dengan berkongsi semula video lama mengaitkan dirinya dengan kematian anggota kumpulan SHINee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2017.
Selain itu, Janna juga tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati dengan kapsyen ‘Lisa Blackpig’ yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi produksi miliknya baru-baru ini.
Sebelum ini, Janna dikritik gara-gara mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig. ‘Pig’ bermakna babi dalam Bahasa Inggeris.
Gara-gara hal itu, Janna kemudian mengambil langkah dengan menutup akaun rasmi produksi dan menyahaktif sementara Instagram peribadi miliknya selepas menjadi sasaran netizen sehingga namanya trending di Twitter. Tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty diwujudkan.
Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan SHINee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2018 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop.
Dalam pada itu, peguam mewakili Janna iaitu Ben Syazmin menjelaskan kapsyen gelaran ‘Lisa Blackpig’ itu diberikan bagi membezakan tahap pencapaian watak dalam telefilem berkenaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
Sebagai pengacara program hiburan, Melodi, Janna menafikan menggunakan kedudukan itu untuk mencetuskan kontroversi dengan sengaja.
Dalam pada itu, peguam mewakili Janna iaitu Ben Syazmin menjelaskan kapsyen gelaran ‘Lisa Blackpig’ itu diberikan bagi membezakan tahap pencapaian watak dalam telefilem berkenaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
“Janna menerima kecaman apabila akaun IG milik produksinya telah memuat naik gambar pelakon yang membawa watak Lisa dengan kapsyen ‘Lisa Blackpig’. Kapsyen tersebut merujuk kepada watak Lisa iaitu antagonis.
“Lisa adalah watak seorang perempuan yang menjengkelkan tetapi berasakan dirinya menjadi pujaan ramai. Oleh itu, kapsyen gelaran tersebut diberikan bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan, (individu itu) tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
Sementara itu, Ben turut memberitahu kes tersebut kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan anak guamnya menerima ugutan bunuh daripada pengguna media sosial.
Pihak mereka juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan pampasan terhadap pengguna yang sudah dikenal pasti menyebarkan fitnah sehingga memberi impak negatif kepada reputasi dan perniagaan Janna.
“Janna menerima kecaman daripada pengguna media sosial termasuk ugutan bunuh, jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis sudah dilakukan. Kes ini masih dalam siasatan SKMM terutamanya dalam mendapatkan identiti pemilik akaun yang menggunakan nama samaran.
“Pihak kami juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan di mahkamah di bawah akta fitnah terhadap pengguna media sosial yang dikenal pasti kerana menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan reputasi serta perniagaan anak guam kami bagi menuntut bayaran pampasan terhadap kerugian anak guam kami alami,” katanya.