Mengulas tentang keadaan yang dilalui oleh Puteri Aishah, Janna Nick telah terkeluar suatu kenyataan yang telah menyebabkan ramai netizen berasa kurang senang. Kejadian berlaku ketika dia dan Awal Ashaari mengacarakan program Melodi pada tengah hari tadi.
Janna Nick Tersalah Cakap, Bagus Public Figure Kena Koronavirus
Sedar dengan kekilafan tersebut, Janna tampil memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan sebenar yang harus dia gunakan. Dia turut mengakui bahawa perkataan “bagus” tidak sesuai dengan perkara yang sepatutnya disampaikan.
Janna mengulas berita mengenai aktres Puteri Aishah disahkan positif Covid-19. Namun, dia tersalah menggunakan perkataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton di laman Twitter.
“Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ni.
“Bagus?,” sampuk Awal.
“Bukan bagus… maksudnya dia boleh beri kesedaran macam mana keadaan di dalam hospital,” kata Janna ketika bersiaran langsung.
Sementara itu, rakan pengacara Awal Ashaari pula berkata dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Janna itu.
“Dia salah pentafsiran, kalau kita membawang sesama kita, saya faham!
“Tapi maksud Janna orang yang kena Covid boleh kongsi pengalaman supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini.
“Itu maksudnya… Janna pun dah minta maaf, bolehlah drop topik ni!,” kata Awal.
Niat Janna adalah untuk menyampaikan orang ramai akan lebih sedar jika Covid-19 berlaku dalam kalangan selebriti. Ianya mampu mengubah persepsi orang ramai tentang wabak berkenaan.
Janna Mohon Maaf, Orang Baru Dalam Pengacaraan
Di akhir program tersebut, Janna rendah diri memohon maaf kepada penonton di atas kekilafan penggunaan perkataan yang tidak sesuai dalam menggambarkan keadaan Puteri Aishah.
“Minta maaf. Saya orang baru dalam bidang pengacaraan! Ayat yang patut diubah adalah perkataan “bagus” itu.”
“Sepatutnya digantikan “sekurang-kurangnya” apabila ada public figure terkena Covid-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan create awareness tentang virus ini.”
“Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan,”
– Janna Nick
Memaksudkan Public Figure Mampu Beri Kesedaran
Melihat kepada reaksi Awal mulanya dia turut terkejut. Bila mendengar penjelasan Janna dia akui faham maksud sebenar pelakon cantik tersebut.
Bila selebriti atau public figure hadapi situasi ini, kesedaran akan lebih mudah menguasai orang ramai.
Biasa lah, tersasul perkara yang tak boleh dielak. Artis juga manusia yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Yang penting tetap belajar dari pengalaman dan perbaiki di masa depan.
Pujian harus diberikan kepada Janna yang mengakui kesilapan dan terus perbetulkan supaya penonton tidak salah faham dengan kenyataan tersebut.