in , ,

Ada Sebab Janna Nick & Ajak Shiro Dipilih Jadi Hos Melodi Musim Baharu

Sejurus Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG mengumumkan pengunduran mereka sebagai pengacara Melodi, ramai yang tertanya-tanya siapa bakal menggalas tugas sebagai pengacara baharu untuk program infotainment paling popular ini?

Musim baharu Melodi kini bersiaran selama satu jam setengah pada setiap hari Ahad dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang dengan menggandingkan dua orang selebriti terkenal tanah air iaitu Janna Nick dan Ajak Shiro selaku hos baharu. Selain itu, Melodi juga akan memperkenalkan tiga segmen baharu untuk kekalkan identitinya sebagai sebuah program yang ‘fresh’ dan hip.

JANNA NICK, AJAK HOS MELODI

Janna Nick & Ajak Shiro Dipilih Jadi Hos Melodi Musim Baharu

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Zurina Othman, “Bukan mudah bagi kami untuk menentukan barisan pengacara baharu bagi Melodi yang sudah menjadi jenama yang kukuh dalam hati penonton. Untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini, kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda. Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini.”

“Selain itu, Melodi musim ini juga akan bersiaran selama satu jam setengah, di mana ia menampilkan beberapa segmen baharu yang membincangkan tentang segala isu tular dan sedang rancak dibualkan oleh orang ramai. Kami berharap program infotainment popular TV3 ini akan menceriakan lagi hari Ahad para penonton dengan membekalkan isu-isu sensasi yang meliputi artis-artis dalam dan luar negara,” ujar Puan Zurina lagi.

Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan dalam program infotainment ini ialah ‘Cerita Sini, Habis Sini’, ‘Kecoh Netizen’ dan ‘Melodi Prihatin’, di samping tetap menyampaikan berita – berita sensasi dunia hiburan. Menerusi segmen Cerita Sini, Habis Sini, pihak Melodi akan menjemput artis-artis yang dilanda kontroversi atau terikat dengan gosip-gosip panas untuk menjelaskan hal sebenar.

Lebih menarik lagi, netizen turut menjadi sebahagian daripada program ini, di mana segala pandangan mereka di laman media sosial akan dikupaskan melalui segmen Kecoh Netizen. Bukan itu sahaja, Melodi musim ini juga akan menekankan sentimen kemasyarakatan dengan mengambil inisiatif untuk menjalankan program khidmat masyarakat yang akan dipaparkan di segmen Melodi Prihatin. Segmen ini akan menjadi sebuah platform bagi artis-artis untuk melakukan kebajikan dengan bertemu bersama kanak-kanak istimewa dan memenuhi impian mereka.

Melodi yang sudah bersiaran selama 24 tahun ini merupakan sebuah program terbitan Primeworks Studios dan diterajui oleh saudara Jamil Hassan sebagai Penerbit Eksekutif, manakala saudari Michelle Wee sebagai Penerbit.

Jangan ketinggalan untuk santai bersama program Melodi musim baharu ini pada setiap hari Ahad bermula 7 Januari 2018, pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang, hanya di TV3! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my. Anda juga boleh menyaksikan program-program ini di portal video tonton menerusi laman web www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia.

JANNA NICK, AJAK HOS MELODI

JANNA NICK, AJAK HOS MELODI

JANNA NICK, AJAK HOS MELODI

JANNA NICK, AJAK HOS MELODI

JANNA NICK, AJAK HOS MELODI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tabung Dana Astro – Krishen Jit Anugerahkan 5 Geran Kepada Para Penggiat Seni Malaysia

Sinopsis Telemovie Pak Zain D.I.Y