Dua karakter berbeza ini akan menceriakan ruang masa penonton jam 11 malam mulai hari Rabu ini. Sudah tentu kelainan ini akan menggamit penonton yang biasanya dihidangkan dengan pelbagai corak program temubual seperti AC Di Sini, Anita, Macam-Macam Aznil dan macam-macam lagi. Persaingan yang sihat dalam perlumbaan dalam merebut takhta rating tertinggi?
Mampukah Azwan Ali dan Adlin memberi impak santai dan informasi berguna yang diinginkan oleh penonton? Atau sekadar satu program yang klise tanpa idea bernas yang segar?
Pengalaman luas kedua-dua hos ini mungkin dapat menceriakan penonton tetapi dalam masa yang sama kita ingin lihat pembaharuan dan pengisian yang mantap.
Dengan mengupas pelbagai isu serius dalam suasana santai bukan mudah. Dua episod katanya dah pun selesai dirakam iaitu isu Mak Nyah dan Mat Rempit.
Topik-topik lain yang akan diketengahkan ialah berkait dengan dunia selebriti, artis, gosip di sebalik tabir, muzik, sukan, fesyen dan gaya hidup yang dirakumkan dalam segmen Apa Yang Dibaca, Jom Tonton dan Jalan-Jalan.
Khabarnya, Azwan Ali dan Adlin dipilih setelah menjalani sesi uji bakat. Mmm… hos yang dah ada nama pun kena masuk audition gak kan. Susah jugak ngeh?