SINEMA AIDILFITRI DI RTM1 : JANGAN PANDANG BELAKANG (3 OKTOBER) DAN ZOMBIE KAMPUNG PISANG (4 OKTOBER)
Sempena menyambut musim perayaan Aidilfitri ini, sememangnya pelbagai rancangan menarik yang bakal disajikan kepada para penonton. Antaranya dua filem hebat tempatan yang ditayangkan di televisyen sepanjang musim syawal pasti akan menghiburkan para penonton seisi keluarga.
Saksikan slot Sinema Aidilfitri yang menghidangkan filem hebat Jangan Pandang Belakang yang bakal disiarkan pada hari raya ke tiga, jam 9.00 malam pada 3 Oktober 2008 (Sabtu). Seterusnya pada hari raya ke empat filem Zombie Kampung Pisang pula pada 4 oktober 2008 jam 9.00 malam yang kedua-duanya disiarkan menerusi di RTM1.
Jangan Pandang Belakang mengisahkan seorang pemuda bernama Darma ( Pieree Andre ) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose ( Intan Ladyana ).Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang periang dan ceria.
Penyiasatan di sebalik misteri kematian Rose menimbulkan pelbagai spekulasi pelik dan kejadian misteri yang berlaku. Penemuan sebuah botol kecil di rumah Rose merungkai banyak persoalan dan bermulalah kejadian aneh disebalik kewujudan sebuah botol tersebut.
Selepas mengetahui rahsia penemuan botol dan misteri kematian Rose, hidup Darman kini tidak tenteram akibat diganggu oleh ‘sesuatu’dengan gangguan yang amat dasyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma.Akibat gangguan ‘benda halus’, hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasinya.
Dengan membariskan nama pelakon terkenal seperti Pieree Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Rusminah Sidek, Dato’Jalaluddin Hassan dan Rio Elani.
Seterusnya pada hari raya ke empat filem Zombie Kampung Pisang yang membariskan pelakon komidi terkenal antaranya Awie, A.C.Mizal, Soffi Jikan, Que haidar, Ezlynn, Nadia Mustafa, Ruminah Sidek, Zami Ismail dan Loloq akan menceriakan hari raya anda.
Filem komedi ini berkisar tentang kejadian aneh yang berlaku pada seluruh penduduk Kampung Pisang yang hidup dalam aman dan tenteram tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru hara.
Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, Bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah.Tiga pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan telah menyaksikan kejadian itu lalu mengusung mayat Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung.
Pak Jabit datang menziarah,namun beliau juga tak semena-mena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat.Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anank-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang.
Malam itu juga semua penduduk kampung berkumpul beramai-ramai di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan berlaku, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia.
Tiba-tiba bekalan elekterik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi zombie mula menyerang orang-orang kampung. Pihak polis dan khidmat rela turut dimaklumkan. Keadaan bertambah gawat dan huru hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh zombie-zombie.
Apakah musibah dan rahsia disebalik segala kejadian ini? saksikanlah kesudahan nasib mereka dalam komidi raya Zombi Kampung Pisang yang bakal disiarkan pada 4 oktober 2008 jam 9.00 malam.
Pastikan anda tidak akan terlepas peluang menyaksikan filem-filem yang menarik, Jangan Pandang Belakang, jam 9.00 malam pada 3 Oktober 2008 (Sabtu) dan Zombie Kampung Pisang pada 4 oktober 2008 jam 9.00 malam yang kedua-duanya disiarkan menerusi di RTM1 sepanjang musim Syawal ini.