Ramai netizen telah mengaitkan kata-kata ini dengan pernikahan Elfira Loy. Alamak! Korang ni saje lah kan. Rasanya kebetulan je kot ni. Sufian Suhaimi kan dah cakap kat Melodi yang dia dah totally 100% dah move on. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.
Ternyata status yang dimuat naik di twitter itu dilihat segelintir peminat dan netizen seakan-akan seperti ada kaitan dengan perkahwinan bekas tunangnya iaitu pelakon Elfira Loy yang berlangsung pada 1 Januari 2019.
“According to Chinese Calender, 2019 is the “Year Of The Pig”. Kita tinggalkan dia di situ je ya? Jangan bawa perangai babi dalam kehidupan,”
– – Sufian Suhaimi via Twitter
Malah, status Sufian untuk mendapat maklum balas ramai sehinggakan ada yang beranggapan penyanyi itu masih belum ‘move on’ lagi setelah hubungannya dan Elfira berakhir.
Baca respon dari pengikut Sufian Suhaimi kat Twitter, ramai yang menganggap dan meneka kata-kata itu ada kaitan dengan Elfira Loy. Tidak kurang ada yang menawar diri untuk menjadi pasangan kekasih Sufian Suhaimi.
Pada pagi semalam Elfira telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar setelah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.
Sebelum ini, Sufian dan dan Elfira juga pernah bertunang pada Oktober 2017, namun hubungan kedua-duanya berakhir beberapa bulan kemudian.
Sumber: Twitter Sufian Suhaimi @sufiansuhaimi & KopiPlanet.com