Kisah perjuangan seorang ibu muda mencari dan menuntut anaknya yang diculik oleh ibu mertuanya sejak dilahirkan setelah kematian suami dan dipersalahkan kerana kahwin lari. Setelah tujuh tahun, anak yang diculik ditemui tapi dihalang oleh mertuanya memaksa Anida lakukan pelbagai perkara untuk dekati anaknya lalu membawa lari dan ditangkap polis.
Realitinya situasi ini berlaku dalam masyarakat kita. Hanya empunya diri terlibat yang merasai keperitan berdepan kesukaran tersebut.
Menampilkan watak utama gandingan Nad Zainal dan Puteri Balkis, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama konflik kekeluargaan bertajuk “Jangan Ambil Anak Aku†mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada 24 Mac ini, pukul 9.00 malam. Drama ini turut dibintangi oleh Jasmin Hamid, Azrel Ismail, Ellie Suriaty dan Taufiq Izmir.
Kisahnya berkembang dengan plot kerana tak direstui, Anida dan Ariff kahwin lari ke Thailand. Setelah Anida mengandung, Arif minta ampun daripada mamanya Zariffa kerana berkahwin lari ke Thailand. Zariffa suruh ceraikan Anida dan kahwin juga dengan Salina. Arif enggan dan keluar rumah lalu kemalangan.
Kematian Ariff menyebabkan Zariffa makin benci dan menghalau Anida yang mahu berjumpanya serta tidak mengaku Anida sebagai menantu. Berbulan Anida kemurungan ditambah lagi tekanan daripada abangnya Sameon yang menyalahkannya menyebabkan ibu mereka, Normah sakit ekoran dia kahwin lari.
Kelahiran Airis Rania menjadi penawar namun Anida meroyan bagai orang gila apabila anak yang baru seminggu dilahirkan diculik. Tujuh tahun Anida hidup dalam penyesalan dan kekecewaan dalam masa yang sama terpaksa menjaga ibu yang sakit ekoran tindakannya.
Tujuh tahun berlalu. Anida nekad mahu mencari Airis bila Sameon pindah semula ke rumah ibunya setelah bercerai kerana pemalas. Sameon menghalangnya, konon mahu kerja dan Anida yang patut menjaga ibunya. Anida serba salah tapi apabila terbongkar Sameon lah dalang penculikan anaknya oleh ibu mertuanya, Anida mengamuk. Dan ketika itu jugalah Normah meninggal dunia lalu Anida ke Kuala Lumpur mencari Airis. Nabil yang menyimpan cinta pada Anida berkorban membantu dan beri dorongan kepada Anida untuk teruskan hidup dan mencari anaknya.
Airis memeningkan kepala Zariffa apabila makin kerap bertanya tentang ibunya yang sudah mati. Airis teringin nak bermesra dengan ibu yang dikatakan sudah mati oleh neneknya. Zariffa pula sedang berkonflik dengan suaminya, Hisyam yang punya teman wanita dan bakal berkahwin.
Sebaik tiba ke banglo Zariffa tanpa Nabil, Anida menuntut Airis tapi dihalau oleh Zariffa. Zariffa panik lalu mengupah pengawal peribadi untuk menjaga Airis. Anida mengintip pergerakan Airis dengan sedih namun dengan usaha Nabil, Anida dapat bekerja sebagai tukang cuci sekolah hingga lalu mendekati Airis dan melayaninya seperti anak sendiri.
Airis gembira dan sering menipu Zariffa untuk bertemu dengan Anida yang membuatkan dia rasa memiliki ibu. Apabila Zariffa syak sesuatu, Anida tiada pilihan, mengaku dia ibu Airis dan membawa Airis lari.
Zariffa mengamuk dan membuat laporan polis dengan alasan Anida gila lalu Anida ditahan. Kerana naluri ibu dan bantuan Nabil, Anida nekad bawa ke mahkamah untuk menuntut hak penjagaan ke atas Airis. Zariffa panik. Hisyam desak berdamai saja, tak mahu imejnya sebagai tokoh perniagaan tercemar. Namun Zariffa tak peduli, hinggalah dapat tahu Salina adalah bakal isteri Hisyam.
Zariffa terpukul dengan permainannya sendiri lalu tanpa sengaja terbunuh Salina. Anida bersyukur Airis kini miliknya bersama Nabil.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.