Dalam usaha memperkukuhkan kesenian teater untuk tatapan generasi akan datang dengan bangganya KELAB TEATER dengan kerjasama FAKULTI TEATER ASWARA mempersembahkan sebuah pementasan teater “JANDA SETINGGAN” arahan Ewan Fauzi Maklumat pementasan seperti berikut :
PEMENTASAN TEATER JANDA SETINGGAN
Tarikh : 28 & 29 Oktober 2016
Masa : 3.00 Petang & 8.30 Malam
Tempat : Studio Blackbox, ASWARA
Pementasan ini merupakan hasil kerja kreatif dan kolaborasi di antara 2 pihak iaitu Kelab Fakulti Teater dan Fakulti Teater, ASWARA dalam memperkenalkan sebuah penghasilan karya baharu dibawah pengarahan Saudara Ewan Fauzi dalam memelihara dan memulihara karya industri tempatan.
Karya ini merupakan diadaptasi menerusi sebuah drama pentas yang dibintangi Sherry Al-Hadad dan juga pelakon yang lain, akan tetapi pada kali ini ia dipentaskan dalam sebuah pementasan berbentuk teater yang diterajui oleh barisan pelakon seperti Zera Hariz, Fatimah Azahari, Dayang Norinah, Hakim Halim, Fahezul Azri, Ahmad Amim dan Azrul Amri.
Dengan bergenrekan “Eksperimen”, teater ini mengisahkan seorang janda yang telah berkali-kali dikecewakan oleh lelaki dalam hidupnya. Lelaki Muda, Lelaki Tua, Lelaki Duda dan Lelaki Kaya.
Mereka ini telah membawa kepada kehidupan janda ini semakin sukar dan telah menyebabkan juga dirinya semakin matang dalam kehidupan. Si janda ini tadi perlu menghadapi Tuhan dan dibebankan dosa yang lepas dan menghadapi masa-masa terakhir dalam kehidupannya. Disamping itu juga, kelainan yang cuba ditampikan menerusi pementasan ini adalah denngan mengetengahkan konsep seakan-akan dramatari didalam persembahan teater ini. Dimana dibeberapa babak pelakon akan menari untuk digantikan dengan dialog dan simbolik pada babak berkenaan.
Pastinya karya ini dipentaskan adalah bertujuan memberi peluang kepada penggiat teater mempamerkan kemantapan persembahan dari aspek lakonan, tarian dan nyanyian dalam satu persembahan. melahirkan pelakon pentas yang berkualiti dengan mempunyai kreabiliti sebagai pelakon, penari dan penyanyi. secara tidak langsung ia telah melahirkan penghibur yang serba boleh dan berkualiti dimasa akan datang.