PELANCARAN LAGU DAN MUZIK VIDEO ‘MEMORI CINTA SUCI’ NYANYIAN JAMILAH
Pada 15 Mei 2018 Lagu dan Muzik Video Memori Cinta Suci nyanyian Jamilah akan mula boleh ditonton di Youtube. Lagu ini bergenre pop/rock merupakan ciptaan Bahizal Abu Bakar dan Mohd Razif Nizam Abdullah.
Lagu ini berdurasi 4.20 minit, menggambarkan kerinduan seorang anak terhadap ibunya. Jamilah yang sebelum ini sudah pun mempunyai 2 album berentak tradisional dan keroncong, mencuba keupayaannya pula di dalam genre muzik moden dan pop di dalam single pertama beliau ini.
Lenggok nyanyian Jamilah dalam lagu ini tidak terbatas pada genre kebiasaan beliau. Namun sebagai penyanyi terlatih yang mempunyai diploma di dalam bidang vokal dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, juga pernah berjaya menyambung pelajaran di Universiti Muzik terkemuka di Boston iaitu Berklee College Of Muzik dan kini di UPSI, beliau ingin dikenali sebagai seorang penyanyi yang versatile dan serba boleh.
Video Muzik lagu ini pula diarahkan oleh Eric Fuzi, seorang pelakon yang sudah pun dikenali sejak beliau kanak-kanak lagi. Kini beliau masih aktif berlakon dan juga merupakan keyboardist untuk kumpulan Floor88 yang terkenal dengan lagu Zalikha dan Aqilah.
Eric Fuzi berkelulusan Diploma Filem dan TV dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya ASWARA. Atas pengalaman dan pengetahuan beliau di dalam filem dan TV, aktif dalam muzik dan pengurusan seni, kali ini beliau telah diberi kepercayaan untuk mengarah rakaman video muzik Memori Cinta Suci.
Di dalam video muzik lagu ini juga, Jamilah diberi peranan sebagai watak utama di dalam segmen drama anak dan ibu yang diselitkan bersama segmen nyanyian.
Lagu ini boleh dihayati melalui semua platform digital popular (Itunes, Apple Music, Spotify, KKBox dan lain lain) dan video muzik melalui youtube.
Sinopsis Muzik Video
Jamilah kehilangan ayah sejak kecil dan membesar hanya bersama ibunya. Setelah remaja, rahsia Jamilah yang mempunyai kekasih akhirnya diketahui oleh ibunya yang selama ini melarang Jamilah untuk bercinta. Perbalahan tercetus di antara Jamilah dan ibunya lantas megambil keputusan untuk meninggalkan rumah dan bekerja di Kuala Lumpur. Ibunya yang sangat merindui Jamilah jatuh sakit dan meninggal dunia secara tiba tiba tanpa sempat Jamilah pulang ke kampung untuk bersama ibunya buat kali terakhir.
Sinopsis Lagu
Lagu ini menceritakan kesedihan dan kerinduan seorang anak kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Memori bersama ibunya diingat kembali. Segala gurau senda dan tawa bersama telah menjadi kenangan selama lamanya. Hanya tinggal doa kesejahteraan kepada ibunya di alam sana yang dapat mengiringi.
Lirik Lagu
Memori Cinta Suci
Sayang dengarkanlah
Nada dari jiwa
Takkan di persia
Indah mahligai terbina
Music
Kini tiada seri
Cinta suci ini
Bagai senja mentari
Dan hilanglah sinar suci
Rindu makin merayu
Sentuhan mesra kasihmu
Namun hanya mimpi
Rinduku hanya ilusi
Chorus
Terbayang sentuhan mesra belaian manja
Rindu dan tawa bersama
Kini hanya tinggal
Oh memori cinta suci
Sayang dengarkanlah
Kata hati ini
Doa lafaz suci
Ingin bersama di syurga nanti
Guitar solo
Chorus
Terkenang sentuhan mesra Kasih setia
Berpisah bagai tiada
Kini hanya tinggal
Oh memori cinta suci
Kasih kau damailah Tenang di pusara
Biar kutangisi
Oh memori cinta suci ini
Oh memori cinta suci ini
Biodata Penyanyi
Jamilah
Jamilah Binti Abu Bakar yang lebih selesa dengan panggilan Jamilah merupakan penyanyi muda yang aktif dengan nyanyian lagu- lagu keroncong. Berjaya menyelesaikan diploma Muzik ASWARA dengan pengkhususan vocal klasikal ini kini melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI) pada peringkat ijazah sarjana muda dalam Pendidikan Muzik. Sebelum tempoh itu, penyanyi berbakat besar yang berusia 22 tahun ini pernah menyambung pengajian di Boston, USA namun atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan beliau hanya sempat menghabiskan satu semester yang pertama di Berklee College of Music. Gadis kecil molek yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur ini pernah mendapat Anugerah Bakat Muda Negeri Selangor pada tahun 2013. Manakala pada tahun sebelumnya telah menjadi antara finalis Bintang Klasik RTM Negeri Selangor. Jamilah telah aktif dalam bidang nyanyian sejak tahun 2005, pada usia 11 tahun dan sehingga kini telah banyak pencapaian yang mengagumkan dalam bidang berkenaan.
Pencapaian
1. Penerima Anugerah Dekan dan Anugerah Pelajar Terbaik sepanjang pengajian diploma muzik di ASWARA (2013-2016)
2. Membuat konsert solo berjudul Konsert Sulaman Warisan pada tahun 2013 melalui program Mentor Mentee JKKN. Menerima kunjungan khas daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah yang amat menyokong karier nyanyian Jamilah.
3. Membuat persembahan di Konsert Ghazal Lautan Chenta anjuran Malay Heritage Centre Singapura di Singapura pada tahun 2014 bersama kumpulan ghazal ASWARA.
4. Membuat persembahan Konsert Keroncong 1001 Malam di Malay Heritage Centre, Singapura pada tahun 2013.
5. Membuat persembahan di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas untuk Konsert Keroncong Kasih Menyusur Zaman pada tahun 2010. Pada tahun 2012, Jamilah dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan untuk Konsert Keroncong Merdeka diiringi “Malaysian Philharmonic Orchestra†bersama penyanyi hebat Dato’ Yusni Hamid dan Datin Paduka Julie Sudiro.
6. Finalis Bintang Klasik RTM 2012.
7. Juara MFace/Mingguan Malaysia’s “2Minutes 2Fame†di Pulau Pinang pada tahun 2012.
8. Penerima Anugerah Bakat Muda Negeri Selangor pada tahun 2013.
9. Membantu Tn. Hj. Mahzan Manan, KMN mendendangkan lagu ciptaannya, “Keroncong Inginkan Kedamaian†dalam Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia 2010 dan berjaya merangkul Juara.
10. Mewakili Malaysia ke Turkey dalam Festival Kanak Kanak 2007
11. Juara Bintang Kecil RTM Selangor 2007.
12. Juara KLPAC (Kuala Lumpur Performing Art Center) Idol 2009
13. Menjadi tetamu undangan dalam dokumentari “Angin Menderu†terbitan Finas pada tahun 2012.
14. Menyertai Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia di PWTC pada tahun 2005.
Pengarah Video Muzik
ERIC FUZI
Muhamed Eric Bin Muhamed Fuzi merupakan seorang penggiat seni yang sangat aktif. Walaupun memulakan karier sebagai pelakon kanak- kanak pada sekitar tahun 1999, hari ini beliau lebih dikenali sebagai keyboardist untuk Floor88 yang sedang melonjak naik dengan lagu Zalikha dan Aqilah. Kedua lagu tersebut telah memberi peluang kepada pemuda berusia 26 tahun ini untuk menyumbangkan idea kreatifnya sebagai pengarah bersama. Dengan kelebihan memiliki diploma Filem dan TV serta ijazah sarjana muda Pengurusan Seni dan Budaya, graduan cemerlang ASWARA ini kini sangat aktif penglibatan dalam kerja- kerja pengurusan acara dan teknikal selain menjadi pemuzik dan pengarah muzik video. Bagaimanapun untuk mengekalkan momentum dan keseimbangan kerjayanya dalam bidang lakonan Eric Fuzi juga merupakan pelakon dalam drama seperti Melur VS Rajawali, Kembara Nak Dara, Mencari Rahmat dan tidak ketinggalan filem dari HBO Folklore: Toyol.
Penerbit Dan Pencipta Lagu
BAHIZAL ABU BAKAR
Berkelulusan Ijazah Sarjana Seni Kreatif (Pengurusan Orkestra) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Ijazah Sarjana Muda Muzik (ASWARA). Pernah berkhidmat sebagai pengurus bahagian muzik selama 12 tahun di Istana Budaya. Berpengalaman sebagai pengarah muzik, pengarah konsert dan pengurus konsert bagi berbagai konsert tempatan dan antarabangsa seperti Silk Road dan Echoes of the universe di National Theater of Korea, Konsert Bahasa Terindah di Esplanade Singapura, Konsert Keamanan bersama Applehill Quartet USA termasuk konsert artis tempatan di Istana Budaya seperti Konsert Nur Riwayat Kalbu dan Konsert Antologi Dato’ Johari Salleh. Beliau juga penulis buku pengurusan konsert panduan dan amalan (2011). Pengasas Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi yang menawarkan perkhidmatan persembahan kesenian muzik dan tarian di Malaysia, Singapura dan Brunei. Beliau juga sedang berkhidmat sebagai Pensyarah Sambilan di Fakulti Muzik UiTM dan juga merupakan Penolong Pendaftar di Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya di ASWARA. Kini sedang menyambung pengajian di Peringkat Phd di UPSI.