Muhammad Jamiel Bin Mohd Said atau lebih dikenali sebagai Jamiel Said adalah seorang penyanyi dan penggubah lagu yang sudah lama berkecimpung di dalam seni music sejak berumur 15 tahun.
Penyanyi yang pernah tercalon di dalam kategori Vokal Terbaik Artist Baru Lelaki di Anugerah Planet Muzik, memilih muzik sebagai kerjaya setelah tamat kuliah dari Singapore Management University dalam jurusan Business Management.
Selain dari menulis untuk diri sendiri, Jamiel juga pernah menyumbangkan lagu “Percaya” untuk Nawhki dan Didi Astillah, yang pernah berada di tangga nombor satu di Carta Hot FM.
Perjalanan seni musik Jamiel bermula dengan single pertama beliau, Nafasku, yang pernah menjadi salah sebuah ‘featured song’ di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia, yang dibintangi Fazura, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam.
Kini tibanya ‘sequel’ kepada lagu Nafasku iaitu ‘Cincin Di Jari’. Jika lagu Nafasku adalah mengenai seseorang yang mencari cinta yang sejati, kini, ‘Cincin Di Jari’ pula adalah tentang penemuan cinta yang sejati itu. ‘Cincin Di Jari’ diberi nafas balada dan santai buat penerimaan semua lapisan masyarakat yang mendengar.
Musik video ini juga dibintangi Dayana Roza yang menjadi watak utama sebagai Indah dan video ini memaparkan keikhlasan cinta yang dilihat melalui mata hati.
Dicipta dan dinyanyikan oleh Jamiel sendiri, lagu ini dicipta khas buat isteri beliau untuk hari perkahwinan beliau dan Jamiel berharap ‘Cincin Di Jari’ juga akan menjadi “the wedding song” atau lagu perkahwinan istimewa buat mereka yang akan mendirikan mahligai indah bersama.
Lagu “Cincin Di Jari” edaran AJ Music ini boleh dimuat turun di sema digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox yang akan dilancarkan pada 14 Ogos 2017. Video Muzik Rasmi “Cincin Di Jari ” boleh di layari di youtube.