Pemenang anugerah Oscar dan Grammy, Jamie Foxx akan membuat persembahan ketika majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 di Kuala Lumpur. Seorang penghibur serba boleh, sebagai pelakon, pelawak, penyanyi, pemuzik serta juruhebah TV dan radio, persembahan Jamie sentiasa digemari di seluruh dunia.
Jamie akan mengadakan persembahan di depan penonton bertaraf bintang dan selebriti, daripada dunia sukan, hiburan dan fesyen pada malam majlis Anugerah Laureus, Rabu 26 Mac Ini.
Sebagai seorang pelakon, watak Ray Charles yang dipegang oleh Jamie dalam filem berjudul Ray keluaran 2004, membolehkannya terpilih sebagai pemenang Anugerah Akademi dan Anugerah BAFTA sebagai Pelakon Terbaik, selain Anugerah Golden Globe sebagai Pelakon Terbaik dalam hasil karya muzikal atau komedi. Pada tahun yang sama, dia dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam Anugerah Akademi kerana peranannya dalam filem berbentuk aksi, Collateral.
[pullquote]Beliau juga pernah memenangi Anugerah Grammy sebagai pemuzik, dengan menghasilkan tiga album yang berjaya menduduki tempat teratas dalam Billboard 200: Unpredictable, yang menduduki carta teratas, Best Night of My Life, dan Intuition. Beliau juga muncul dalam siri televisyen keluaran sendiri The Jamie Foxx Show.[/pullquote]
Pada 2012, dia memegang watak utama dalam filem dengan judul yang sama, Django Unchained dan dijangka akan muncul sebagai musuh Electro dalam The Amazing Spider-Man 2 pada 2014.
Anugerah Dunia Sukan Laureus ke-15 adalah majlis penghargaan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa bagi kalendar 2013. Pemenangnya, yang akan dipilih oleh Akademi Dunia Sukan Laureus yang dianggotai sekumpulan unik 46 ahli sukan lelaki dan wanita terhebat dalam sejarah, akan diumumkan dalam satu majlis gilang-gemilang yang disiarkan ke seluruh dunia yang berlangsung di Istana Budaya pada Rabu, 26 Mac.
Hasil kutipan daripada Anugerah Dunia Sukan Laureus memberi manfaat secara langsung dan menyokong kerja-kerja Sukan Laureus untuk Yayasan Good yang menyokong lebih 140 projek komuniti sukan di seluruh dunia. Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac. Sejak pengenalannya, Laureus sudah mengumpul lebih €60 juta untuk melaksanakan pelbagai projek demi membantu meningkatkan kehidupan berjuta-juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia.
Maklumat lanjut mengenai senarai tetamu kehormat dan aturcara yang disusun akan diumumkan dari semasa ke semasa. Antara nama-nama hebat dalam dunia sukan yang pernah terpilih sebagai pemenang Anugerah Laureus sejak 15 tahun lalu adalah Usain Bolt, Sebastian Coe, Novak Djokovic, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Kelly Holmes, Rafael Nadal, Pelé, Steve Redgrave, Ronaldo, Michael Schumacher, Kelly Slater, Shaun White, Serena Williams dan Zinedine Zidane.
Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah yayasan amal yang ditubuhkan khusus untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring dengan prinsip 1Malaysia. Aktiviti yayasan ini dirumus ke arah mendekati dan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, serta cuba melengkapi mereka dengan sesuatu untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Setakat ini, yayasan ini memberi fokus terhadap tiga bidang – Meningkatkan kualiti hidup, Pendidikan dan Sukan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata:
“Kuala Lumpur amat berbesar hati diberi keistimewaan untuk menjadi tuan rumah majlis berprestij Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 dan bandaraya ini tidak sabar untuk menganjurkan acara terkenal di peringkat antarabangsa ini dan mengalu-alukan kehadiran ramai legenda sukan ke Malaysia. Ini adalah negara yang cintakan sukan dan saya memberi jaminan layanan dan hospitaliti mesra menanti setiap tetamu kami. Berserta beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Piala Monsun dan Grand Prix Formula Satu, kami sangat yakin bahawa Kuala Lumpur, Malaysia adalah tuan rumah yang sempurna untuk acara sukan yang begitu signifikan ini. Saya positif ini bakal menjadi acara yang akan dikenang oleh semua yang terlibat.”
Senarai penuh calon bagi Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014 adalah:
Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus
Usain Bolt (Jamaica) Olahraga; Mo Farah (UK) Olahraga; LeBron James (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Cristiano Ronaldo (Portugal) Bolasepak; Sebastian Vettel (Jerman) Sukan Permotoran
Atlet Sukan Wanita Terbaik Tahunan Laureus
Nadine Angerer (Jerman) Bolasepak; Missy Franklin (Amerika Syarikat) Renang; Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Olahraga; Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Tina Maze (Slovenia) Ski; Serena Williams (Amerika Syarikat) Tenis
Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
All Blacks (NZ) Ragbi; Bayern Munich (Jerman) Bolasepak; Pasukan Bolasepak Kebangsaan Brazil; Bob & Mike Bryan (Amerika Syarikat) Tenis; Miami Heat (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Red Bull (Austria) Sukan Permotoran
Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Pasukan Kriket Afghanistan; Marc Márquez (Sepanyol) Motosikal; Raphael Holzdeppe (Jerman) Olahraga; Nairo Quintana (Colombia) Berbasikal; Justin Rose (UK) Golf;
Adam Scott (Australia) Golf
Kebangkitan Semula Terbaik Tahunan Laureus
Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Oracle Team USA – Perahu Layar; Tony Parker (Perancis) Bolakeranjang; Ronaldinho (Brazil) Bolasepak; Tiger Woods (Amerika Syarikat) Golf
Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus
Marie Bochet (Perancis) Ski; Marcel Hug (Switzerland) Lumba Berkerusi Roda; Tatyana McFadden (Amerika Syarikat) Lumba Berkerusi Roda; Sophie Pascoe (NZ) Renang; Sarah Louise Rung (Norway) Renang; Olga Sviderska (Ukraine) Renang
Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Jamie Bestwick (UK) BMX; Bob Burnquist (Brazil) Papan Luncur; Mick Fanning (Australia) Luncur Air; John John Florence (Amerika Syarikat) Luncur Air; Maya Gabeira (Brazil) Luncur Air; Shaun White (Amerika Syarikat) Luncur Salji
Jamie Foxx to play at Laureus World Sports Awards
[dropcap]O[/dropcap]scar and Grammy winner Jamie Foxx is to perform at the 2014 Laureus World Sports Awards in Kuala Lumpur. An immensely versatile entertainer, as actor, comedian, singer, musician and TV and radio host, Jamie’s performances are enjoyed around the world.
Jamie will be playing to a star-studded audience of celebrities from sport, entertainment and fashion at the Laureus Awards Ceremony on the evening of Wednesday, March 26.
[pullquote]As an actor, Jamie’s portrayal as Ray Charles in the 2004 film Ray earned him an Academy Award and BAFTA Award for Best Actor as well as the Golden Globe Award for Best Actor in a musical or comedy. The same year, he was nominated for the Academy Award for Best Supporting Actor for his role in the action film Collateral.[/pullquote]
He is also a Grammy Award winning musician, releasing three albums which have charted highly on the Billboard 200: Unpredictable, which topped the chart, Best Night of My Life, and Intuition. He also starred in his own television production The Jamie Foxx Show.
In 2012, he played the title role in the film Django Unchained and is due to star as the villain Electro in The Amazing Spider-Man 2 in 2014.
The 15th Laureus World Sports Awards, which recognise sporting achievement during the calendar year 2013, is the premier honours event on the international sporting calendar. The winners, as voted by the Laureus World Sports Academy, the ultimate sports jury, made up of 46 of the greatest sportsmen and sportswomen of all time, will be unveiled at a globally televised Awards Ceremony staged at Istana Budaya in Kuala Lumpur.
Proceeds from the Laureus World Sports Awards directly benefit and underpin the work of the Laureus Sport for Good Foundation, which supports more than 140 community sports projects in 34 countries. Since its inception, Laureus has raised over €60 million for projects which have improved the lives of millions of young people.
More information about other guest attendees and the schedule of activities will be announced in due course. Among the sporting greats who have previously been named as winners of Laureus Awards over the last 15 years have been Usain Bolt, Sebastian Coe, Novak Djokovic, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Kelly Holmes, Rafael Nadal, Pelé, Steve Redgrave, Ronaldo, Michael Schumacher, Kelly Slater, Shaun White, Serena Williams and Zinedine Zidane.
Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) is the corporate social responsibility partner of the Laureus World Sports Awards and has been working with the Laureus Sport for Good Foundation to help young people in Malaysia through the use of sport. Edwin Moses said: “We are not just in Malaysia for the Laureus Awards. We have been working with YR1M to do what we can to help young people. We are really delighted to be working with such excellent partners as YR1M and we hope our activities will make a difference.”
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri, Minister of Tourism & Culture of Malaysia, said:
“Kuala Lumpur is honoured to have been given the privilege of hosting the prestigious 2014 Laureus World Sports Awards and the city looks forward to staging this internationally-renowned event and welcoming a plethora of sporting legends to Malaysia. This is a sports-loving country and I can promise warm Malaysian hospitality awaits all our guests. Coupled with international events such as the Monsoon Cup and Formula One Grand Prix, we are supremely confident that Kuala Lumpur, Malaysia, is the perfect host for a sporting event with such global significance. I am positive this will be an event to remember for all involved.”
The full list of Nominees for the 2014 Laureus World Sports Awards is:
Laureus World Sportsman of the Year
Usain Bolt (Jamaica) Athletics; Mo Farah (UK) Athletics; LeBron James (US) Basketball; Rafael Nadal (Spain) Tennis; Cristiano Ronaldo (Portugal) Football; Sebastian Vettel (Germany) Motor Racing.
Laureus World Sportswoman of the Year
Nadine Angerer (Germany) Football; Missy Franklin (US) Swimming; Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Athletics; Yelena Isinbayeva (Russia) Athletics; Tina Maze (Slovenia) Skiing; Serena Williams (US) Tennis.
Laureus World Team of the Year
All Blacks (NZ) Rugby Union; Bayern Munich (Germany) Football; Brazil Men’s Football Team; Bob & Mike Bryan (US) Tennis; Miami Heat (US) Basketball; Red Bull (Austria) Motor Racing.
Laureus World Breakthrough of the Year
Afghanistan Cricket Team; Marc Márquez (Spain) Motor Cycling; Raphael Holzdeppe (Germany) Athletics; Nairo Quintana (Colombia) Cycling; Justin Rose (UK) Golf; Adam Scott (Australia) Golf.
Laureus World Comeback of the Year
Yelena Isinbayeva (Russia) Athletics; Rafael Nadal (Spain) Tennis; Oracle Team USA – Sailing; Tony Parker (France) Basketball; Ronaldinho (Brazil) Football; Tiger Woods (US) Golf.
Laureus World Sportsperson of the Year with a Disability
Marie Bochet (France) Skiing; Marcel Hug (Switzerland) Wheelchair Racing; Tatyana McFadden (US) Wheelchair Racing; Sophie Pascoe (NZ) Swimming; Sarah Louise Rung (Norway) Swimming; Olga Sviderska (Ukraine) Swimming.
Laureus World Action Sportsperson of the Year
Jamie Bestwick (UK) BMX; Bob Burnquist (Brazil) Skateboarding; Mick Fanning (Australia) Surfing; John John Florence (US) Surfing; Maya Gabeira (Brazil) Surfing; Shaun White (US) Snowboarding.