Kepada para setiausaha dan boss semuanya, bulan April sudah pun tiba ya. Seperti biasa, bulan April ini dimeriahkan dengan sambutan minggu setiausaha. Inilah masa untuk boss belanja setiausaha mereka makan-makan sambil menikmati persembahan artis.
Dee D Diva buat lawak… nah ambik gaya seorang setiausaha…
Semalam, jam 3 petang, Budiey dijemput untuk menghadiri sidang media sambutan Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur Bersama Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah. Majlis yang berlangsung di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur itu dimeriahkan juga dengan kehadiran hos sensasi, Dee d’ Diva. Pelawak terkenal ini akan menjadi hos untuk Sectretaries Luncheon 2010 in The Sky ini.
Untuk info pembaca, show ini akan diadakan pada 21 dan 22 April 2010 jam 12 tengahari hingga 3 petang di MegaView banquet Deck, Menara Kuala Lumpur dari ketinggian 288 meter!
“Ini adalah satu penghargaan kepada semua setiausaha yang meraikan Hari Setiausaha dan meraikannya di puncak awan. Kami menjanjikan persembahan yang istimewa dan hidangan yang tidak akan dilupakan oleh mereka apabila mereka meraikannya bersama bos tersayang. Di samping itu juga, ini adalah peluang keemasan buat mereka untuk menikmati keindahan Kuala Lumpur sambil beramah mesra bersama setiausaha yang lain.” – Yang Berusaha Encik Mohd Affandi Abdullah, Ketua Pegawai Projek, Menara Kuala Lumpur.
Harga bagi Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur adalah RM500 seorang, RM450 seorang dan RM350 seorang. Ia terhad kepada 250 orang yang terawal untuk satu hari.
Ini adalah kali kedua buat Jamal Abdillah perform untuk Minggu Setiausaha Menara Kuala Lumpur di mana beliau pernah buat penampilan sulungnya pada tahun 2006.
Kali ini, untuk mencipta kelainan, Jamal Abdillah memilih untuk tampil 2 konsep segmen iaitu uplugged dan live band. Untuk segmen uplugged, Jamal Abdillah akan menyanyikan lagu-lagu santai. Dua buah lagu daripada album terbaru. Pakaian Jamal akan ditaja oleh Azmir Versatile.
Untuk penonton yang boleh menyanyi, haaa, abang Jamal kata, dia akan ajak penonton untuk berduet dengan beliau.
Bagi Budiey, show di sini pastinya ada keunikan. Yelah berada di atas awan. Puncak tertinggi di KL dan pastinya menjanjikan pengalaman indah. Kalau dah ada di atas Menara Kuala Lumpur tentunya tidak akan dilupakan oleh pengunjung. Ini kerana KL Tower menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik bukan sekadar boleh melihat pemandangan KL sahaja. Malah, sebagai ikon kepada ibukota negara yang menjanjikan destinasi menarik untuk para pelancong dari dalam dan luar negara dengan memberi pengalaman yang luar biasa.
Untuk info pembaca, Menara Kuala Lumpur terletak di Bukit Nenas ini merupakan Menara ke 5 tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Kat sini, ada Pelantar Pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, perkhidmatan shuffle serta kemudahan bagi meletak kenderaan. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam.