Memetik laporan dari Harian Metro, seorang pelakon veteran, Jalil Hamid, 61, mengakui rasa terhina apabila sebuah syarikat produksi menawarkannya watak utama dengan jumlah bayaran hanya RM1,500.
Jalil menyuarakan luahan itu kerana dia sudah meraih beberapa anugerah yang mengiktiraf bakat seninya.
Antara anugerah itu ialah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1992.
Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid menganggap tawaran itu tidak masuk akal untuk diterimanya.
“Aku (saya) rasa terhina betul bila ada Production House tawarkan peranan utama… 12 scene (babak) dari 16 scene. Shooting (penggambaran) dua hari dan harga ditawarkan RM1,500!.
“Terasa penat dan sia-sia pula mengumpul tujuh…. Lapan award (anugerah) dan Anugerah Pelakon Terbaik dan Popular selama hampir 40 tahun,†– Jalil Hamid
Dakwanya apakah tawaran harga itu layak buatnya disebabkan tidak mempunyai gelaran Datuk atau Tan Sri.
“Barangkali kerana aku tak ada gelaran datuk atau Tan Sri. Atau kerana tidak tampan atau handsome.
“Bila dah jadi artis veteran ni, rupanya dah jatuh nilai,†– Jalil Hamid
Jalil Hamid sudah 47 tahun menghiasi dunia seni tidak hanya sebagai pelakon tetapi juga dikenali sebagai pelawak dan penyanyi.
Antara filem dan drama lakonannya adalah Wanita Bertudung Hitam, Zombi Kampung Pisang, Bisik Pada Langit, Darling Sayang dan Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung.
Sumber: Harian Metro