Namun, selepas kembali pulih, Roslan atau lebih dikenali dengan nama Cik Lan dituduh pula berpura-pura sakit kerana dilihat berada di Genting Highland tidak lama selepas insiden berkenaan.
“Ada netizen yang kata Cik Lan sakit adalah ‘propa’.
“Sebenarnya Sufie Rashid dan isteri yang nak bawa Cik Lan makan dan buat kejutan dengan pergi ke Genting Highland dan Johor Bahru.
“Mereka berniat baik nak bawa Cik Lan menghirup udara segar walaupun baru baik sakit tempoh hari.
“Itupun Cik Lan tak tahu mereka nak bawa ke dua lokasi itu sebab mereka nak buat kejutan tapi Cik Lan kuatkan diri, Alhamdulillah,”
– Roslan Shah
Menurut Cik Lan, dia bertemu dengan ramai peminat di luar yang bertanya khabar dan rasa terharu kerana ramai yang mendoakan kesihatannya.
Sementara itu, rakan artis seperti Kaka Azraff dan Haiza Hanafi turut meninggalkan komen supaya Cik Lan tidak terlalu memikirkan perkara itu yang boleh memudaratkan kesihatannya.