Kempen #SeringgitSeribuKebaikan dilancar beri peluang rakyat Malaysia kongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadan ini Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dilancarkan secara rasmi hari ini dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat pencinta makanan di luar sana. Diilhamkan daripada program kembara makanan popular TV3, Jalan Jalan Cari Makan, aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan info-info menarik mengenai tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan Jalan Cari Makan selain beberapa lagi fungsi menarik yang lain.
Segalanya Tentang Makanan di Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)
Menurut pengurus produk aplikasi JJCM, Li Ee Kee, antara fungsi baru yang menarik perhatian adalah tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehinggan 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals†yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.
“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendahâ€, jelas Ee Kee lagi.
Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka. Hanya pilih restoran yang mana berkenan di hati, masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung, mereka kemudiannya akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. Segalanya lebih mudah menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang mereka makan, tanpa sebarang caj tambahan.
Selain itu, aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, aplikasi JJCM kini tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ia mencatat lebih 250 ribu muat turun. Setiap pengguna yang mendaftar akaun mereka di aplikasi ini boleh memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Daripada pencinta makanan, untuk pencinta makanan. Mengambil kira konsep inilah maka aplikasi JJCM mewujudkan ruangan komen dan cadangan ini bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.
Fungsi carian berdekatan pula membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.
Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai. Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain juga senarai artikel yang merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan.
Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM. Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu dua minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.
Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.
Kempen #SeringgitSeribuKebaikan
Kempen #SeringgitSeribuKebaikan merupakan sebuah kempen kebajikan yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital. Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan ikhlas mereka serendah RM 1, RM 3, RM 5 dan RM 10 yang akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan akan datang. Mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberi peluang anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat, selama 4 minggu Ramadan bertamu. Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk dua buah rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 dan 10 Jun 2017. Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017
Mengenai Media Prima Labs
Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk aplikasi mudah alih dan permainan, Kumpulan Media Prima telah mengambil langkah ke hadapan untuk menjuarai pembangunan dalam industri ini sehingga tertubuhnya Media Prima Labs (MP Labs).
MP Labs kini telah melaksanakan dan berjaya membangunkan produk-produk berasaskan harta intelek unik platform Kumpulan, seperti Jalan-Jalan Cari Makan, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix, Ejen Ali dan banyak lagi.
Selain daripada membangunkan produk mudah-alih bagi platform Kumpulan, MP Labs juga mengalu-alukan pelbagai idea-idea luar. MP Labs berjaya mencapai objektifnya untuk membangunkan 13 aplikasi mudah-alih dan permainan pada akhir tahun lalu.
Mengenai CJ Wow Shop
CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.
Mengenai Offpeak
The Offpeak Group is the largest restaurant discovery and dining privileges platform in South East Asia. The Group’s core business are streamlined into the following key focus areas namely, restaurant/dining-out marketplace and restaurant reviews provided in-collaboration with strategic partners. The restaurant/dining out marketplace is offered through the Offpeak App available for iOS and Android devices and www.offpeak.my in Malaysia, www.offpeak.sg in Singapore, www.offpeak.co.th in Thailand and www.offpeak.vn in Vietnam. It is the Offpeak Group’s aspiration to deliver superior customer experience and restaurant partner value; and to be recognized as a Leading Miltinational Food & Beverage Marketplace, Restaurant Discovery and Dining Priveleges Group.
Mengenai Mamee Double Decker
MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd, which was established in 1971, is the brainchild of joint Group Executive Chairman Datuk Pang Chin Hin and its first Group Chief Executive Officer, Tan Sri Pang Tee Chew who involved actively in dried noodles industry. This small business previously known as Lucky expanded through label Pacific Food Products located in Ayer Keroh, Melaka before being known as MAMEE-Double Decker. Group Chief Operating Officer Datuk Wira Pang Tee Nam and the late Pang Tee Suan son to Datuk Pang, together with all members of the family –now a third generation – successfully developed the company and become one of the largest food and beverage manufacturer in Malaysia till today. The company has set up plants across Malaysia – including in Kuala Lumpur and Kuantan, and currently employs over 2,000 staff – before expanding to Myanmar, Indonesia and Middle East (future plans). Currently, Mamee wide range products is made available in 5 different categories : Snacks (Mister Potato, Mamee Monster Snek Mi, Perfecto, Double Decker, Corntoz), Noodles (Mamee Chef, Mamee Sllrrrp, Mamee Express), Beverages (Cheers, Cool Tea, Mineral Water), Adult Cultured Milk (Lite-Yo, Nutrigen) and Biscuits (Mamee Monster Biskidz)