in , ,

Jakel Teruskan Program Meet & Greet Bersama Duta di Jakel Mall KL

Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif

Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, sekali lagi menganjurkan acara Meet & Greet bersama dutanya di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Keputusan ini dibuat selepas mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan ketika acara serupa diadakan di Jakel Shah Alam pada 31 Januari lalu.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan untuk bertemu duta-duta Jakel, tetapi juga menawarkan baucar diskaun istimewa untuk pembelian koleksi Baju Raya Aidilfitri tahun ini!

Permintaan Tinggi, Jakel Teruskan Meet & Greet Untuk Semua!

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, acara ini diteruskan kerana ramai pelanggan menyatakan kekecewaan kerana terlepas peluang mendapatkan baucar istimewa sebelum ini. Jakel memahami permintaan tinggi ini dan berbesar hati untuk menganjurkan sekali lagi acara Meet & Greet 2 bagi menghargai pelanggan setia mereka.

Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif

“Kita amat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima sejak pengumuman duta-duta Jakel dua minggu lalu. Namun, ramai juga yang tidak sempat mendapatkan baucar diskaun tambahan 20 peratus.

Jadi, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Jakel mengambil inisiatif untuk meneruskan program ini dan memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung untuk menikmatinya,”

Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel
Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif

Barisan Duta Popular Turut Meriahkan Acara

Penganjuran kali ini pasti lebih menarik dengan kehadiran barisan duta terkenal seperti Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, serta Anzalna dan keluarganya. Lebih istimewa, acara ini turut menampilkan kumpulan pelawak Senariounion, Upin & Ipin, tiktoker popular Sallywho dan pasangannya.

Pelanggan bukan sahaja berpeluang bertemu dengan selebriti kesayangan mereka, tetapi juga boleh berinteraksi secara lebih dekat dalam suasana santai dan mesra.

Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif

Ruang Niaga Baru & Koleksi Sedondon Eksklusif!

Selain sesi Meet & Greet, Jakel turut memperkenalkan ruang niaga baharu di tingkat tiga yang lebih luas dan selesa untuk para pelanggan. Ruang ini menampilkan koleksi baju sedondon khas buat semua peringkat umur, dari remaja, kanak-kanak hingga ibu bapa.

Menurut Mohamed Faroz, langkah ini selari dengan usaha Jakel untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih baik dalam suasana kondusif, selesa dan moden. Malah, Jakel turut menyediakan kemudahan parkir luas, tandas serta surau bagi memenuhi keperluan pengunjung.

“Kami mahu pelanggan merasai pengalaman membeli-belah yang lebih baik dengan kemudahan yang lengkap. Semua ini seiring dengan moto kami tahun 2025 – ‘Jakel, Barulah Raya!

Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel

Kemudahan Easy Payment Untuk Pelanggan

Jakel juga tidak ketinggalan untuk memudahkan pelanggan dengan memperkenalkan kaedah Easy Payment yang ditawarkan oleh beberapa bank tempatan seperti Maybank, Affin Bank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Sebagai contoh, pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM500 boleh memilih untuk membuat bayaran ansuran dalam lima kali pembayaran, manakala pembelian bernilai RM1,000 boleh dibayar dalam tempoh sepuluh bulan. Ini memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk membeli persiapan raya dengan lebih selesa tanpa membebankan kewangan mereka.

Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif

Peluang Pekerjaan Sementara Untuk Anak Muda

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan melancarkan urusan jual beli sepanjang musim perayaan ini, Jakel telah mengambil inisiatif untuk menambah 5,000 kakitangan sambilan di seluruh negara, termasuk 1,500 pekerja tambahan di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Malah, Jakel turut mengalu-alukan lepasan sekolah serta penuntut kolej dan universiti untuk menyertai mereka sepanjang bulan Ramadan ini. Ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan, tetapi juga membolehkan mereka mempelajari selok-belok perniagaan dalam industri tekstil yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif

Apa Kata Budiey?

Langkah Jakel untuk meneruskan program Meet & Greet ini sememangnya satu inisiatif yang bijak dan berstrategi. Ia bukan sahaja memenuhi permintaan pelanggan, tetapi juga memperkukuhkan jenama Jakel dalam industri tekstil tempatan.

Dengan kemudahan yang lebih baik, duta yang berpengaruh, serta promosi hebat seperti baucar diskaun dan pembayaran ansuran, Jakel berjaya menjadikan acara ini lebih daripada sekadar sesi bertemu peminat – ia adalah satu pengalaman membeli-belah yang luar biasa.

Bagi mereka yang ingin mencari baju raya dengan gaya terkini, kualiti premium dan harga berpatutan, ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Jakel Mall dan alami sendiri kemeriahan acara Meet & Greet ini!

Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif
Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif
Sambutan Hangat! Pelanggan Teruja Bertemu Duta Jakel, Baucar Diskaun & Ruang Niaga Lebih Eksklusif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alunan Mimpi: Dedikasi Nyoman Paul Mengenang Mendiang Sahabat