in

JAILANGKUNG Filem Seram Indonesia Paling Laris Ditayang di Malaysia

Filem seram Indonesia paling laris untuk genre seram bagi tahun 2017 iaitu Jailangkung kini akan menemui penonton Malaysia di pawagam seluruh tanah air bermula 10 Ogos 2017!

Filem ini yang telah ditayangkan di Indonesia sejak hari pertama lebaran yang lalu (25 Jun 2017) telah mencatatkan jumlah 2.7 juta penonton sepanjang 2 minggu ia ditayangkan di sana. Filem seram ini telah mengetepikan jumlah kutipan tiket filem seram Danur.

Kisah Jailangkung bermula apabila Ferdy tidak sedarkan diri tanpa mengetahui puncanya. Ketiga-tiga anaknya, Bella, Angel dan Tasya mula mencari punca disebalik misteri tersebut.

Dengan bantuan teman Bella iaitu Rama, mereka mengetahui yang Ferdy telah terlibat dengan permainan menggunakan boneka kayu iaitu Jailangkung yang memanggil roh si mati kembali. Namun roh siapakah yang Ferdy panggil? Bella, Rama, Angel dan Tasya pergi ke rumah rahsia bapanya untuk mengembalikan sesuatu namun pelbagai gangguan mereka hadapi.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Myo Oh Chentaku & Zahir Zainuddin Sibuk Kendalikan JEJAK TERER di hurr.tv

Filem Animasi WHEELY Arahan Yusry KRU Laris di Peringkat Antarabangsa