Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Shuhada menyifatkan kesakitan pada bahagian wajahnya lebih perit berbanding jahitan bersalin.
Apabila ditanya sama ada suaminya membantu atau memohon maaf seleaps kejadian itu, Shuhada sukar untuk menjawab.
“Hadiah hari jadi (penumbuk) saya ke-29, dapat lebih daripada 10 jahitan. Jahit ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib tak kena kat mata, tak pasal buta sebelah lagi la susah kan.
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Dah minta maaf ke? Hanya Allah yang tahu,” katanya.
Sementara itu, Shuhada berkata sudah cukup ndia bersangka baik terhadap Hafidz dan nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak serta tidak mahu lagi toleh ke belakang.
“Rasanya dia lagi tahu. Sbu tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas. Shu harap perkara ini akan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan. Kita tahu kita di tangan yang betul,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada menafikan dakwaan netizen dia membuat provokasi sehingga suaminya bertindak sedemikian. Katanya lagi, meskipun rumah tangganya bergolak namun dia bercakap baik-baik dengan Hafidz.
“Dah tujuh tahun kahwin dengan Hafidz, dah tahu perangai dia macam mana. Macam mana nak handle. Dari pengalaman yang lepas.. kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi, memang saya bodohlah untuk dapat luka macam ni.
“Pihak luar sana, korang tak kenal Shu macam mana. Shu dan Hafidz still bercakap dengan baik. Dengan pihak ketiga pun, saya takkan jatuhkan maruah pergi tarik-tarik rambut,” katanya.
Kata Shuhada lagi, jika suaminya ditakdirkan berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada, dia mendoakan agar merkea bahagia.
“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hidup la dengan bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya