in ,

Jaguh Kartun Perkenal Animasi Islamik Tempatan Terbaharu LITTLE AMMAR DAN MINA MILA

Animasi tempatan kini semakin mendapat perhatian ramai bukan sahaja di kalangan kanak-kanak tempatan malahan juga di luar negara. Bermula Februari ini, TV9 telah memanjangkan masa bagi slot kanak-kanak iaitu Jaguh Kartun dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam.

Pendekatan ini bersesuaian dengan TV9 yang sangat sinonim sebagai destinasi kartun-kartun terbaik sejak dulu lagi, antaranya, CatDog, Wonderpets, Spongebob Squarepants dan Upin Ipin. 

Pelbagai animasi tempatan berkualiti telah disusun khusus buat penonton ciliknya seperti Knowsy Nina (Isnin dan Selasa, 5.00 petang), Supertots (Rabu dan Khamis, 5.00 petang), Supersquad (Jumaat hingga Ahad, 5.00 petang), Cingkus Blues (Isnin hingga Khamis, 5.30 petang), Soccer Bugs (Jumaat hingga Ahad, 5.00 petang), Boboiboy (Setiap Hari, 6.00 petang), Ejen Ali (Setiap Hari, 6.30 petang), terbaharu Little Ammar (Rabu dan Khamis, 6.30 petang) dan bakal menyusul tidak lama lagi, Mina Mila (mulai 28 Mac, Isnin dan Selasa, 6:30 petang).

LA_TV9-poster

Little Ammar telah mula disiarkan pada 2 Februari lalu dan akan terus menghiburkan anda semua pada Setiap Rabu dan Khamis, pukul 6.30 petang, selama 3 minit. Little Ammar menampilkan seorang kanak-kanak lelaki comel bersama arnab kesayangannya, Rapbit. Little Ammar akan berkongsi dengan penonton ciliknya lagu kanak-kanak, zikir dan video pembelajaran yang mudah difahami.

Manakala, Mina Mila pula bakal disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 6:30 petang,  selama 7 minit bermula 28 Mac 2022. Mina dan Mila merupakan kakak kembar seiras kepada Ammar dan mempunyai personaliti yang berbeza. Animasi ini menyasarkan penonton berusia antara lima hingga sembilan tahun dan keletah seharian mereka cukup melucukan dan pastinya membuat penonton terhibur.

Menurut Sherina Nordin, Ketua Pegawai Operasi, TV9, “Kedua-dua animasi ini menyasarkan kanak-kanak berusia seawal setahun hingga sembilan tahun. Kolaborasi antara TV9 dan Durioo dilihat tepat pada waktunya kerana kanak-kanak masa kini lebih cenderung untuk menonton televisyen di rumah ketika situasi epidemik yang melanda negara. Animasi ini sungguh menarik kerana menggunakan warna-warna ceria yang dapat menarik minat kanak-kanak, di samping melodi yang mudah merangsang minda mereka serta mesej keagamaan yang mudah dipelajari. Tidak dinafikan kanak-kanak kini lebih cepat mempelajari sesuatu menerusi televisyen dan dua animasi ini iaitu Little Ammar dan Mina Mila sememangnya sesuai untuk tontonan seisi keluarga.”

Mina Mila (poster)

Sementara itu, Sinan Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Durioo pula berkata, “Kami di Durioo sangat bersyukur dan gembira kerana Little Ammar dan Mina Mila disiarkan di TV9. Sebagai seorang pengkarya, memang menjadi satu kepuasan bila hasil usaha kami keluar di kaca televisyen. Tahniah tim Durioo! Yang paling penting, Little Ammar dan Mina Mila dapat berjumpa, menghiburkan dan memberi nilai pengajaran Islam kepada anak-anak di Malaysia. Semoga mesej yang kami sampaikan dalam dua animasi ini dapat memberi impak yang positif kepada penonton TV9 dan sekaligus menghasilkan generasi yang mempunyai asas Islam yang kuat.”

Jangan ketinggalan untuk menonton animasi menarik Little Ammar pada Setiap Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang manakala Mina Mila, mulai 28 Mac nanti, Setiap Isnin dan Selasa, jam 6:30 petang.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alami Keriangan Trend Korea Bersama Perisa Baharu Jack ‘N Jill Roller Coaster Spicy Seaweed!

Sinopsis Drama Bersiri NURLAILA Arahan Pengarah Terkenal Heykal Hanifah