Memetik laporan Xtra, aktres berusia 30 tahun itu berkata, dua aktor tersebut sangat menjaga batas ketika menjayakan babak romantis tanpa perlu bersentuhan antara satu sama lain.
“Saya amat menghormati Saharul dan Izzue kerana mereka berdua sangat menjaga batas dan mengajar saya teknik tertentu…
“…untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan,” kata pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli itu.
Menurut Amyra, suaminya Amar Baharin juga memberi izin sekiranya perlu melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki, namun ia perlu berlapik.
“Biasanya bukan babak bersentuhan bersama hero sahaja tetapi macam dengan watak seperti bersalaman antara ahli keluarga, bapa dan sebagainya,” ujarnya.
Drama adaptasi novel hasil karya Mimie Afinie itu diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan akan ditayangkan di slot Akasia TV3, bermula 28 April ini.