in

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2011 1432H

Salam ramadan al mubarak buat semua pembaca budiey.com,

Pejam celik pejam celik bulan Ramadhan kembali lagi. Bulan yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam sejagat. Hari ini sudah pun masuk hari yang ke-2 kita berpuasa dan diharapkan korang semua steady untuk meneruskan ibadah puasa pada tahun ini. Sekali setahun menyambut Ramadan, seeloknya kita mengulangkaji dan mengetahui tips berpuasa, cara adab semasa berbuka dan bersahur serta fadhilat solat terawih pada malamnya. Semoga semua mendapat keberkatan daripadanya.

Kehadiran Ramadhan sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Di kesempatan ini Budiey ingin kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri-negeri di Malaysia untuk tahun 2011. Selamat beribadah di bulan Ramadhan, semoga ibadah kita diterima oleh Allah.

Bagaimana puasa anda setakat ini? Harap semua okay ya. Bila berpuasa pastinya kita rasa semua makanan kita nak makan dan beli di Bazar Ramadan atau Pasar Ramadan PARAM. Jadi kepada korang yang nak berbuka tu, berhati-hati juga memilih makanan di Bazar Ramadan. Bukan apa takut nanti keracunan makanan pulak. Jangan ikut nafsu sangat ya, nanti kita pulak yang lesu. Oh ya, kat mana Bazar Ramadan pilihan korang? PARAM mana yang best  eh? Pastinya korang ada pilihan tempat atau lokasi Bazar Ramadan masing-masing, tapi yang tak tahan tu, ada yang sanggup menempuh jammed semata-mata untuk membeli masakan juadah berbuka paling enak dan sedap.

Negeri Zon
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
Selangor Zon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
Melaka Seluruh Melaka
Johor Zon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
Perak Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
Zon 4 – Temenggor dan Belum
Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7 – Bukit Larut
Sarawak Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Lebak.
Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan
Sabah Zon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
Zon 6 – Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)
Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
Terengganu Zon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
Zon 2 – Besut dan Setiu
Zon 3 – Hulu Terengganu
Zon 4 – Kemaman dan Dungun
Kelantan Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam
Pahang Zon 1 – Pulau Tioman
Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis
Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands
Perlis Seluruh Perlis
Negeri Sembilan Zon 1 – Jempol dan Tampin
Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu
Kedah Zon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 5 – Daerah Langkawi
Zon 6 – Puncak Gunung Jerai
Pulau Pinang Seluruh Pulau Pinang

Sumber: Jakim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Soundtrack Glee The 3D Concert Movie

List Bazaar Ramadan PARAM 2011 Malaysia