in ,

Jadi Pengguna Lebih Bijak Dengan Pelan Baru Dari U MOBILE

Dalam riwayat hidup seseorang yang aktif dalam sosial media macam Budiey ni, ada dua perkara penting di mana kalau tak ada dua perkara ni maka hidup tak lengkap, tak sempurna. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah.

Pertama DATA internet dan keduanya, PANGGILAN. Data ibarat nyawa. Panggilan Kalau tiada DATA atau talian internet, Budiey macam orang gila. Tak tentu arah jadinya. Semua benda tak boleh bikin. Mati kutu dibuatnya.

Korang pula macamana? Sebagai pengguna telefon bimbit, apa yang korang sebenarnya mahukan? Sudah tentu data yang paling MURAH dan kadar panggilan yang sangat JIMAT kan?

Hello, awak kat mana tu?

Begitu juga dengan panggilan, kalau tak buat panggilan dalam sehari. Memang tak lengkaplah kan? Walaupun sekarang ni dah ada WhatsApp, tapi nikmatnya tak sama dengan buat panggilan. Biasanya Budiey akan buat sesi temubual dengan selebriti melalui panggilan dan tak mahu panggilan terputus gara-gara habis kredit.

Jenuh jugak Budiey duk fikir, sampai bila la Budiey nak guna prepaid ni. Sebenarnya, memang tak selesa betul guna prepaid sebab Budiey kena selalu top up. Bayangkan pernah sekali tu, dua kali sehari kena beli top up. Fikir-fikir balik, rasa buang masa dan tenaga je pergi beli kad top up tu. Satu hal pulak la kan nak top up kat online banking atau start kereta pergi beli kad top up kat kedai. Lagi pun, tak ada faedahnya guna prepaid ni sebab pelan tu tak datang sekali dengan data.

Rasanya bila dah 2015 ni, prepaid dah tak lagi jadi trending bila memandangkan banyak betul faedahnya bila kita bertukar kepada postpaid. Lebih jimat, lebih menguntungkan.

U Mobile

Apabila guna prepaid menjadi satu bebanan, Budiey dah ambil keputusan nekad untuk bertukar kepada pelan pascabayar (postpaid) dari U Mobile. Pelan terbaru yang baru dilancarkan ini memang ada kelainan daripada apa yang Budiey sangkakan. Di mana antara yang membuatkan Budiey terkejut, U Mobile menawarkan panggilan PERCUMA selama 30 minit di antara talian U Mobile setiap hari. Di mana panggilan percuma ini hanya akan mula dikira selepas kita menghabiskan penggunaan panggilan percuma yang diberikan tu.

Mungkin korang tak bersetuju dengan tindakan Budiey tapi bayangkan jika postpaid U Mobile ni menawarkan hanya 5sen seminit untuk semua rangkaian. Fuh, murah gila tu!

Bukan itu sahaja, bila dah guna postpaid UMI Plan, Budiey rasa lebih menjimatkan sebab dapat buat panggilan percuma selama 30 minit setiap hari untuk kawan-kawan yang menjadi pengguna U Mobile. Dari penggunaan data internet pula, Budiey dapat menikmati lebih 50% high speed internet. Pendek kata, Budiey pun tak sangka dapat berjimat sebegini rupa.

Mungkin sekarang, korang ada masalah dengan plan mobile korang dan sewajarnya korang fikir betul-betul sebelum buat keputusan. Mungkin ada ketika korang terfikir bayar bil mahal-mahal tapi kekadang tu, korang tak guna pun sebenarnya. Bertukar kepada U Mobile adalah langkah yang paling bijak Budiey pernah buat dan tak akan menyesal pun.

Dua hari lepas, Budiey ambil keputusan untuk ke U Mobile di Berjaya Times Square untuk tukar pelan baru dari prepaid kepada postpaid. Bila dah tahu, U Mobile memperkenalkan tiga pelan terbaru prepaid dan dua pelan terbaru pospaid, Budiey pun rasa teruja nak tahu lebih lanjut sebelum bertukar. Bak kata tagline terbaru pelan ni iaitu #GetClever Kiranya ia satu respon untuk kempen sebelum ini iaitu Don’t Bodoh. Persoalan yang bermain di kepala Budiey, adakah pelan terbaru ini akan membuatkan Budiey menjadi pengguna mobile yang lebih BIJAK? Jawapannya… Ya! Satu langkah bijak. Melihat pada apa yang kita dapat, Budiey tak teragak-agak lagi untuk bertukar.

U Mobile

Untuk pelan prabayar, anda diberi tiga pilihan iaitu UMI20 (RM20), UMI30 (RM30) dan UMI50 (RM50). Berbeza dengan pelan dari telco lain, U Mobile memberi kemudahan dengan menyediakan bersama mobile internet tanpa had kepada pengguna prepaid. Juga semua pelan ini diberi percuma panggilan 30 minit di antara talian U Mobile setiap hari. Yang paling dahsyat, jika korang tak dapat menghabiskan free calls ini anda boleh bawa je bulan seterusnya sebanyak maksimum 40 minit. Dari tiga pilihan ni, Budiey akan pilih UMI50 sebab dapat buat panggilan percuma sebanyak 30 minit di antara talian U Mobile setiap hari. Yang paling penting, Budiey dapat menggunakan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 3GB.

Kalau nak dibandingkan dengan telco lain, rasanya U Mobile antara yang paling murah setakat ini.

U Mobile

Tapi oleh kerana Budiey dah tak nak guna prepaid, mahu mengambil langkah lebih BIJAK dengan bertukar kepada pospaid, ada dua pilihan sama ada nak pilih P50 atau P70. Tak lama pun ambil masa untuk pilih sebab, sah-sah Budiey akan pilih P70 sebab dapat guna data internet berkelajuan tinggi sebanyak 4.5GB. Haa, itu yang penting sebenarnya. Dapat berbual lebih lama dengan panggilan percuma selama 30 minit di antara talian U Mobile setia hari dan 50 minit panggilan percuma untuk semua rangkaian.

Caj panggilan hanya 10sen seminit je untuk semua rangkaian dan caj SMS pula 3sen/SMS kepada rangkaian U Mobile dan 8sen/SMS untuk rangkaian lain. Cukup murah sebab dengan bayar RM70 sahaja sebulan dapat semua tu.

Bila dah habis panggilan percuma yang diberikan tu, semua pelan akan caj 10sen/minit sementara SMS pula hanya berharga 3sen/SMS di antara talian U Mobile dan 8sen/minit kepada talian rangkaian lain.

Kedua-dua pelan P50 dan P70 disediakan tanpa sebarang kontrak.

Kesimpulannya, jadilah pengguna mobile yang LEBIH BIJAK. Buat perbandingan sendiri dan tengok mana yang lebih sesuai dengan gaya hidup anda. Budiey dah pun tukar, korang bila lagi ni?

Untuk info lanjut, layari: u.com.my/postpaidplans & u.com.my/plansforu

U Mobile

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dazrin Kamarudin Kemalangan Gara-Gara Terlalu Mengantuk

Achey Kaki Retak Gara-Gara Jatuh Motorsikal