Tahniah! Tahniah yang melambung-lambung kita ucapkan kepada Juara Malaysian Idol pertama. Jaclyn Victor yang telah berjaya menjuarai Ikon Malaysia kategori solo dan juga kumpulan OAG yang menjuarai Ikon Malaysia kategori berkumpulan.
Pentas Ikon Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan persaingan sengit kerana saya kira semua calon akhir mempersembahkan yang sebaik mungkin.
Sekali sekala melihat persediaan yang begitu gah dari kumpulan Flop Poppy yang mengenakan pelbagai gaya pakaian dan menggunakan band iringan. Siap dengan trompet dan perkusi. Tetapi mungkin rezeki tidak berpihak pada Flop Poppy.
Keunikan dan kelainan muzik rock dari OAG pernah menarik minat juri di AIM. Penampilan mereka santai dengan bersongkok dan berpakaian kasual.
Suara Dayang Nurfaizah ada sedikit pecah di beberapa bahagian. Mawi yang tampil dengan kelincahan, gimik silap mata dan vokal yang mantap di pentas masih tidak mampu untuk melawan pukulan vokal yang cemerlang dari Jaclyn Victor.
Jacklyn Victor & OAG membawa pulang wang tunai sebanyak USD 2,500 (RM 8,550) serta sebuah trofi yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ikon Media, Richard Voon. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang.
Bertemu lagi di Ikon peringkat Asean pada 12 Ogos 2007 di mana Jac & OAG akan dicabar dengan juara IKON Indonesia dan IKON Filipina bagi kategori masing-masing.