Mendedahkan dirinya kini dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka berstatus duda selepas mengakui sudah bercerai pada Januari lalu, penyanyi Jaclyn Victor langsung tidak menyangka pintu hatinya akan terbuka buat kali kedua dengan mana-mana lelaki selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.
Enggan mendedahkan secara terperinci lelaki yang berjaya mencuri hatinya, Jaclyn atau nama sebenarnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor Rivera memberitahu sifat penyayang yang ditunjukkan ‘buah hati’ membuatkannya yakin dialah lelaki paling tepat buat masa ini.
“Anak-anak mesra dengannya, malah mereka memanggilnya Papa. Si dia rajin melayan Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3. Si dia banyak membantu saya menjaga dan memantau pembelajaran anak sulung hingga pandai menulis serta melukis.
“Sebagai ibu tunggal, saya mendambakan lelaki yang bukan sahaja menerima saya, tetapi juga anak-anak. Si dia memiliki kriteria itu.
“Si dia berstatus duda dan memiliki cahaya mata. Saya bersyukur hubungan kami direstui keluarga kedua-dua pihak,”
– Jaclyn Victor
Menurut Jaclyn, lelaki berkenaan adalah seorang yang baik malah dapat menjaga dan pandai mengambil hati anak-anak sehingga mereka kini memanggil jejaka tersebut dengan gelaran “papaâ€.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut lagi.
Tambah Jaclyn, dia percaya keikhlasan yang ditunjukkan lelaki berkenaan sepanjang mereka berkawan rapat.
Meskipun begitu, Jaclyn menyatakan lelaki berkenaan sentiasa meluangkan masa hamper saban hari dengan anak-anaknya. Hal ini kerana, andai anak-anaknya boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semua itu merupakan usaha jejaka berkenaan.
Menjawab persoalan, penyanyi bersuara nada tinggi itu tidak mahu terburu-buru meletakkan titik noktah pada hubungan dengan ikatan perkahwinan.
“Buat masa ini, biarlah kami berkawan dahulu. Banyak perkara yang harus diberikan fokus seperti anak-anak, bisnes dan kerjaya seni,”
– Jaclyn Victor
Jaclyn ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran BATS miliknya di Bangsar.
Sementara itu, mengulas tindakannya terjun ke dunia perniagaan ketika ekonomi tidak begitu memberangsangkan, Jaclyn berkata, dia percaya kata hatinya.
“Saya membuat kaji selidik dari segi lokasi dan saya mendapati tempat ini mempunyai ramai pengunjung walaupun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
“Lagipun, saya mempunyai dua rakan kongsi berpengalaman dalam dunia perniagaan restoran. Disebabkan itulah meyakinkan saya memulakan perniagaan.
“Restoran yang baru beroperasi itu bukan sahaja sesuai untuk keluarga, tetapi menyajikan makanan halal,”
– Jaclyn Victor
Untuk rekod, Jaclyn sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan okalis kumpualn R&B antarabangsa AZ Yet iaitu Shawn Rivera di dalam sebuah majlis tertutup di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014. Namun ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas kedua-dua pasangan ini disahkan bercerai sekitar Januari lalu.
Sumber: BH Online