in

Jacky Kam, Vinx Lin, Felina Cheah dalam Drama Darah Tetap Merah

SLOT GOLDEN DRAGON SIAR TELEMOVIE MANDARIN TEMPATAN, DARAH TETAP MERAH DI TV2

Slot popular Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Dunia Ria, TV2 iaitu Golden Dragon yang sebelum ini banyak menyiarkan filem-filem terbaik Hong Kong sememangnya memiliki pengikutnya sendiri. Masakan tidak slot ini menjanjikan filem-filem yang membariskan pelakon-pelakon Cina popular khas untuk tontonan seisi keluarga yang sarat dengan plot kekeluargaaan, percintaan dan kasih sayang.

Namun minggu ini pada 26 Ogos 2010 (Khamis), jam 10.30 malam, TV2 menyiarkan telemovie mandarin tempatan yang tidak kurang hebatnya bertajuk Darah Tetap Merah yang mengetengahkan dan mengangkat budaya 1Malaysia dengan percampuran watak bangsa Cina dan Melayu yang disatukan menerusi institusi perkahwinan. Malah bukan itu sahaja, pada masa sama turut ditambah dengan nilai kemanusiaan mahu membantu sesama manusia tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

Plot drama Darah Tetap Merah bermula dengan memperkenalkan watak Liza, seorang wanita Melayu yang berkahwin dengan pemuda bernama Mikhael Yeoh berbangsa Cina dan telah memeluk Islam.

Kehidupan mereka begitu bahagia melayari bahtera rumahtangga dan memiliki dua orang anak lelaki. Anak mereka yang sulong bernama Rafael merupakan seorang pegawai polis manakala yang kedua, Has pula masih menuntut.

Rafael memiliki seorang teman wanita, Suzie yang bekerja sebagai sukarelawati di sebuah pusat rawatan pesakit buah pinggang.

Sementara itu Has juga mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan futsal dan merupakan salah seorang pemain terbaik dalam pasukannya.

Rohana adik kepada Liza menghidap penyakit buah pinggang. Suzie bersimpati dengan Rohana dan mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggangnya terhadap Rohana. Oleh kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, Suzie tidak dapat membantu Rohana kerana mereka berdua tidak mempunyai pertalian darah.

Disebabkan peraturan inilah mula membuka mata Liza sebagai kakak kepada Rohana untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Rohana. Apatahlagi bila dia melihat kesungguhan Suzie untuk membantu Rohana sedangkan antara mereka tidak sama sekali memiliki pertalian darah.

Lalu adakah Rohana mampu diselamatkan? Bagaimana pula dengan Suzie yang berkeras mahu membantu? Begitu juga dengan Liza yang di penghujungnya mahu menghulurkan bantuan buat adiknya itu?

Bagi mengetahui kesudahan babak-babak kekeluargaan ini, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan telemovie arahan Chew Huat Yeow ini dibintangi oleh Jacky Kam, Vinx Lin, Felina Cheah, Alice Yap, Azuan, Mazalan, Kenji Sawahi, Nor Albaniah dan Farisha Irwayu ini.

poster darah tetap merah copy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melodi Raya 2010 Gabung Artis 60-90an

Kamal Adli & Diana Amir dalam Drama Seram Pusaka