in ,

Izzue Islam Lancar Single Solo Kedua Berjudul SAHABAT

Setelah muncul dengan single solo sulung beliau yg berjudul “Bimbang”, Muhammad ‘Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih kenali sebagai Izzue Islam (27 tahun) yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi berkumpulan bersama Forteen, kini muncul dengan single solo kedua berjudul “Sahabat”.

“Sahabat” merupakan ciptaan sepenuhnya oleh IIAN yang menceritakan tentang semangat persahabatan. Dalam lagu ini, pencipta lagu ini ingin meluahkan tentang hebatnya sebuah persahabatan.

Sahabat Izzue Islam

“Manusia tidak akan boleh hidup tanpa adanya sahabat, tapi apa pula peranan seorang sahabat? Sahabat yang baik akan sentiasa memberi semangat & aura positif dalam apa jua keadaan sekalipun.” Kata IIAN (Izzue Islam & Awin Nurin).

Izzue Islam Lancar Single Solo Kedua Berjudul SAHABAT

Justeru itu, “Sahabat” juga membawa konsep muzik sama seperti lagu sebelumnya, Bimbang iaitu ‘Alternative Pop Rock’ yang berentak “Catchy”. Seiring dengan gaya persembahan, kali ini izzue memilih untuk mempersembahkan lagu ciptaannya ini dengan diiringi oleh “Band”.

“Setiap kali izzue membuat persembahan, izzue akan perform dengan live band. Ia lebih sesuai kerana kedua-dua lagu izzue (Bimbang & Sahabat) adalah berentak ‘fast & catchy’.” Kata Izzue Islam.

Selain itu, lagu Sahabat juga telah menjadi Official Sound Track (OST) untuk drama episod MEGAT EXTEND yang ditayangkan di Astro Warna bermula 10 Mei 2017. Berikutan dengan itu, official lirik video Sahabat juga telah dimuat naik di Youtube Channel IzzueIslamTV pada tarikh yang sama.

Youtube link :

https://youtu.be/r1tnWl98qj4

Akan tetapi, penglibatan beliau bersama FORTEEN masih lagi kekal dan tidak ada isu pecah belah atau meninggalkan kumpulan tersebut. Mencipta lagu merupakan salah satu minat beliau.

Tidak salah sekiranya beliau mengembangkan bakat yang beliau ada. Dalam hal ini, izzue banyak bertanya & meminta pendapat dengan komposer & penulis yang lain. izzue ‘salute’ dengan penulis dan komposer lagu yang sentiasa menghasilkan karya yang terbaik utk semua. Single kedua ini telah dimuat naik di laman YouTube izzueislamTV untuk tontonan para peminat.

Lagu ini juga boleh didengar di iTunes, Spotify, Joox, KKBox, Raku & PSonar.

Perkembangan terkini, izzue sedang menjalani pengambaran telefilem “Pengemis Itu Saudaraku” yang akan disiarkan di TV3.

Sahabat Izzue Islam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu SAHABAT Nyanyian Izzue Islam

Review Hotel Hyatt Regency Yogjakarta